Tuesday, January 25, 2011

♥Seronok ke berkongsi kasih??♥

Urm.. Tiba2 nak luahkan perasaan...
Semua orang mengimpikan untuk ada pasangan hidup masing2..
Dan selalu berharap dia hanyalah untuk kita seorang sahaja..
Aku gerenti ramai yang tak suka berkongsi kasih.. 
Dalam erti kata lain BERMADU...
Aku pun tak suka juga.. tak nak terjadi dalam hidup aku..
Tapi kalau terjadi macam mana??Kalau dah takdir??
Takut2.. Seboleh2 mahu dielakkan..
Aku selalu cakap dgn bf2 aku dan kawan2 yang aku anti poligami...
Tak sanggup bermadu.. Tak sanggup berkongsi kasih..
Cuma aku cakap kalau dah kahwin nanti, andai kata aku tak dapat beri suami aku anak..
Aku rela dia kahwin lain.. Huhuuu.. walaupun sedih...

Tapi seronok ke ye berkongsi2 ni..
Laki memanglah seronok.. Perempuan macam mana??
Mesti ada rasa sedih, cemburu kan..
Tapi ada yang aku tengok bahagia je hidup bermadu..
Ada juga aku dengar, baca sampai berbunuh2 sebab bermadu...
Macam kes baru2 ni yang bini no 2 tetak bini no 1 tu..
Dasyat2.. Yang laki dia pun 1 hal.. Pergi letak dua2 bini duk satu rumah ape hal..
Tak kan lah dia tak tahu tak digalakkan buat macam tu...
Ish.. ish.. ish...

Aku pun pernah rasa di duakan..
Mana tak nye.. bf2 aku semuanya suka curang2..
Memang hanginlah bila aku dapat tau..
Ada perempuan yang tak tahu laki tu tipu or sebenarnya ada awek takpe lagi..
Tapi bagi perempuan yang dah tau.. masih lagi nak tergedik2 macam mana??
Dulu aku biar je biar perempuan2 ni tarik diri sendiri..
Kena serang dgn perempuan2 selalu dah..
Bekas2 ex-gf, bf2 akulah punye keje..
Orang dah tinggalkan masih lagi nak terkejar2..
Urm.... Urm... Urm...

Aku rasa aku tak boleh berkongsi kasih kot..
Aku seorang yang kuat cemburu.. tapi tak cuba tak tahu lagi kot..
Yelah.. Bayangkan bila hidup bermadu, nanti laki kita tak dgn kita sepanjang masa...
Dia mesti kena pergi ke tempat bini dia yang lain..
Tinggallah kita sorang2.. sedih2.. tak best..
Hurm.. entahlah...
Tapi orang cakap selalunya apa yang kita tak nak sangat dalam hidup kita, itu yang kita akan dapat...
Betul ke??? Biarlah takdir yang menentukan segalanya...

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

0 orang doa Putri cepat kahwin!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...