Hahahaaa.. hari ini Ahad, 30/1/2011 aku happy sangat2..
Aku dapat pergi mendaki bukit Broga..
Yela teringin la nak pergi sebab tengok orang berpusu2 pergi sana..
Seronok ke? Apa yang menarik kat situ?
Aku pun pergilah.. Pergi dgn kawan aku.. Kul 5 pagi kami dah siap2 untuk gerak ke Broga..
Sebelum pergi, kami singgah beli air dan sedikit makanan..
Sampai je kat sana, keadaan gelap gelita.. Lampu suluh tak bawalah pulak..
Risau juga aku mula2, macam mana nak daki kalau tak nampak..
Tapi kami masuk jugak ke dalam.. Nasib baik ada orang jual lampu suluh kat situ..
Selamatlah.. Selesai satu masalah..
Penat jugaklah kami mendaki ke atas tu.. Sampai tengah jalan, pancit jap...
Kawan aku dah tak larat nak jalan.. Berhentilah kejap..
Dia bajet nak makan sikit dan minum air..
Sekali lagi masalah melanda..
Makanan dan minuman kami beli tadi tertinggal dalam kereta...
Tapi nasib baik ada sebotol air dalam beg tu..
Dapatlah hilangkan kehausan dan kepenatan..
Tapi nasib kami tak berapa nak baiklah..
Pergi cuaca hujan gerimis.. Huhuhuuuu.. Redha jela..
Memang ramailah orang naik kat atas sana..
Tak silap aku tadi ada 4 stage..
Nak naik stage 1 tu pun dah payah.. agak curam dan licin..
Tapi aku tak peduli semua itu.. mesti diteruskan perjalanan ini..
Heheheeee..
Kami naik sampai ke puncak Bukit Broga..
Susah payah kami tempuhi untuk mencapai matlamat kami..
Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi..
Semua itu bukan satu masalah bagi kami.. Janji mendapat kepuasan..
Lagi mencabar apabila masa nak turun ke bawah.. Nak pulang..
Hujan makin lebat dan jalan2 semua licin..
Banyaklah dengar jeritan2 orang yang tergelincir ataupun takut nak turun..
Aku duk asyik jaga sangat pakaian tak nak bagi kotor, alih2 kotor teruk..
Semua gara2 aku buat stunt kat situ.. Hahahaaa..
Habis tu dah licin, payah nak turun.. Nak pegang takda benda nak pegang..
Aku pun apa lagi, gelungsur jelah turun bukit tu..
Sakit tangan dan punggung aku... Huuhuuuu..
Tapi best sangat.. Tak pernah buat sebelum ini.. Akan aku ingat jadi kenangan..
Akhirnya kami berjaya sampai ke bawah dan pulang dengan keadaan yang comot..
Thanks kepada kawan aku itu kerana sudi menemani dan membawa aku ke situ..
Tercapai hajat aku...
Aku sertakan sebahagian gambar kat sana ye..
Agak mencabar di sini.. |
Akhirnya aku sampai ke puncak Broga Hill.. |
Tak lalulah nak pergi ke gunung tu.. Tangkap gambar pun jadilah.. |
|
Akhirnya dapat pulang dengan keadaan yang comot.. heee.. |
Ni aku sertakan sekali, aku rakam aksi sebahagian mereka2 yang sama2 naik ke Bukit Broga.. Gigih berusaha untuk mencapai kepuasan.. Dan inilah yang perlu diamalkan sepanjang hidup.. Usaha pasti mendatangkan kejayaan.. Tertunainya impian..
2 orang doa Putri cepat kahwin!!:
bes ke kt sane?
nti zara pon nk pegila...
bestlah jugak.. tapi better g time tak hujan.. nampak pemandangan cantik.. kami g time hujan renyai2..nampak samar2 je.. tp ok lah..
Post a Comment