Friday, February 25, 2011

♥Aku ketagih ubat batuk♥

Huhuhuuuuuuu....
Gila ke aku ni??
Ketagih ubat batuk??? Woi!!!
Statement tak boleh blah...
Hahahahaaaaa.... 
Mentang2 batuk tak sembuh2...
Jadi penagih pulak ke???
Oh tidak sama sekali....
Jangan sesekali mencuba!! Buruk padahnya...
Tapi memang betul ubat batuk boleh wat ketagihan..
Yela ubat batuk antara ubat yang sedap.. Manis je...
Tapi aku takdalah sampai tahap ketagih...
Heheheeee...
Cuma nak bagi tahu anda, dah 3 jenis ubat batuk aku minum..
Tapi tak sembuh2 jugak...
Pergi klinik pun sudah..
Ciannye kat aku ni...
Doa2kan aku cepat sembuh yer!!!
Heheheeeee...
Ni ubat2 yang aku makan..
Banyakkan???


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Coca-cola boleh sembuhkan batuk???♥


Betul ke air coca-cola boleh jadi ubat untuk sembuhkan batuk??
Bukan ke air coca-cola ni tak elok untuk kesihatan..
Banyak gas.. Begitu juga air berkarbonat yang lain..

Aku ni dah nak dekat sebulan batuk teruk tak baik2...
Kawan aku ada sarankan minum air coca-cola ni untuk sembuhkan batuk..
Tak pernah pulak aku dengar pasal perkara ni..
Betul ke yer??
Aku pun try jugak minum.. Tapi tak selalulah..
Tapi tak ada perubahan pun..
Still batuk teruk.. Tak sembuh2.. 
Huhuhuuuuu.. cian aku kan..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Thursday, February 24, 2011

♥Malunya dengan tindakan mereka.. Tak matang!!!♥

Aku rasa malu dengan masalah yang berlaku sekarang ni..
Kenapa bertindak demikian?? 
Tak boleh berfikir elok2 ke?? Matanglah sikit..
Kata terpelajar tapi tindakan macam orang tak terpelajar..
Masalah boleh diselesaikan dengan baik kalau di bawa berbincang elok2..
Sampai cedera2 pegawai dan pecah pintu Pentadbiran UPM tu..
Apalah teruk benar...
Kalau nak membantah pun buat cara elok sikit..
Pihak BHEP pun napelah batalkan pencalonan tu tiba2..
Dan nape ada penglibatan dari universiti lain dalam demonstrasi tu??
Korang bincang2lah elok2...
Tolonglah jaga nama baik UPM..
Jangan wat malu dan rosakkan nama UPM..
Elok2 bangga jadi warga UPM, dah malu sekarang...
Sampai keluar dalam berita dan surat khabar..
Ni antara link2 ke berita2 mengenai masalah kekecohan ni..


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Sunday, February 20, 2011

♥KISAH BENAR SERAM SEKSYEN 2, DEPAN WETWORLD♥

Tadi aku terbaca facebook seorang hamba Allah ni..
Bila aku baca teringat cerita yang pakcik aku pernah ceritakan sebelum ni.. Memang betul berhantu.. Seram... 


Takda siapa pun yang berani... Anda mahu cuba???
Hentikanlah... Heheheeeeee...
Korang tahu ke apa yang seram tu???
Ia adalah sebuah rumah banglo di Shah Alam..
Rumah tu kosong.. Takda siapa berani duduk situ..
Gerenti kena kaco dengan hantu..
Aku lupa pulak sebab pe rumah tu boleh jadi berhantu..
Sesiapa nak duduk rumah tu, tuan rumah suh bayar deposit RM50 je dulu...
Tapi confirm sehari atau dua hari je korang duduk..
Mesti tak tahan kena kaco..
Ni dari apa yang aku dengarlah....
Kalau aku salah sampaikan maklumat, mintak maaflah ye..
Korang boleh baca pengalaman budak ni yang pernah duduk kat rumah tu..
Boleh KLIK untuk terus ke link cerita itu yer...

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Sudu & Garfu♥


Kenapa tiba2 aku tulis pasal sudu dan garfu ni??
Semua orang tahu sudu dan garfu digunakan untuk makan..
Ada lain2 kegunaan ke sudu dan garfu ni???
Ataupun terdapat maksud lain disebalik sudu dan garfu??
Jawapannya.... Saja2 je nak tulis... Nak komen...
Semuanya gara2 cerita cerekarama di TV3 semalam..
Cerita Sudu & Garfu... Best... 
Dan terdapat maksud disebalik sudu dan garfu rupanya..
Tak tau pula aku selama ni.. Tak terfikir pun..
Dalam cerita tu, Andy dan Alya duduk berjiran..
Tapi dorang suka sangat bergaduh..
Pantang berjumpa.. Macam anjing dengan kucing..
Tapi tanpa dorang sedar, dorang jatuh cinta dalam chatting..
Alaaa.. ramai yang jatuh cinta dalam chatting tanpa mengetahui siapa sebenarnya orang yang mereka chat tu.. Bahaya tau.. 
Kalau orang tu baik takpe.. Kalau jahat???
Jawablah sendiri... Heeee...
Tapi dorang tahu jugak akhirnya yang dorang saling berchatting dan bercinta di alam cyber tetapi di dunia realiti bergaduh...
Cinta ibarat sudu dan garfulah..
Kan sepasang tu.. Saling melengkapi..
Cube kita makan guna sudu je, agak payah sikitkan tanpa bantuan garfu..
Gaduh macam mana pun, akan duduk bersama juga iaitu dalam pinggan..
Dalam cerita tu kata..
Sudu ibarat lelaki dan garfu ibarat wanita...
Yela lelaki akan menyara kita segalanya seperti memberi serta menyuapkan makanan dan wanita hanya membantu untuk meringankan beban lelaki..
Setuju tak kawan????
Ada sesiapa tak mahu jadi sudu saya???
Saya mahu jadi garfu untuk orang yang mencintai saya...

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, February 19, 2011

♥Kucing2ku yang comei♥

Seronok bila balik rumah tengok anak2 kucing ni..
Comei2 belaka.. dah makin besar dah...
Suke.. suke.. suke..



PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, February 16, 2011

♥Jom Pergi Kursus Kahwin!! Best..♥


Hahahaaaa.. Dah nak kahwin ke aku ni??
Tiba2 ajak pergi kursus kahwin ni..
Ramai pula tu yang tanya dah nak kahwin ke??
Sebenarnya aku belum nak kahwin lagilah..
Saja ambil awal2 time tengah study ni...
Nanti dah kerja busy takda masa pulak..
Aku ambil kat UKM anjuran PALAPES UKM..
Pergi dengan kawan2 aku dan my rumet..
Sebab apa kami sanggup ambil kat UKM.. Sebab murah sikit..
Dua hari kursus tu.. Sabtu dan Ahad..
Mula 8.30 pagi sampai 7 petang..
Dengar ceramah jela.. Ada 8 slot semuanya..
Oklah.. Dapat penceramah yang pandai bagi ceramah dan pandai selitkan sedikit lawak2..
So, takdalah mengantuk dengarnya.. Gelak sampai sakit perut..
Dapat banyak info.. Maklumlah dah lama tak dengar ceramah agama..
Menginsafkan diri aku sikit.. 
Menyedarkan dan dapat tahu banyak benda yang aku tak tahu..
Paling best dapat pergi ambil kursus ni bersama2 orang yang aku sayang..
Thanks sebab sudi pergi kursus tu bersama2..
Diharapkan kepada mereka yang nak berumah tangga pergilah kursus tu..
Wajib dan kita akan sedar betapa pentingnya menjaga kehormatan dan kebahagiaan rumah tangga kita..
Aku harap akan kurangnya kes cerai-berai ni..
Aku harap aku pun akan dapat pasangan hidup yang akan menyayangi, menjaga aku sebaik mungkin..
Dan hanya aku seorang sahaja yang bertakhta dalam hatinya.. 
Tiada orang lain selain diriku ini...
Juga berharap agar rumah tangga aku yang mungkin terbina suatu hari nanti tidak musnah melainkan maut yang akan memisahkan aku dan pasangan hidupku itu..
AMIN!!!




PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, February 15, 2011

♥Trip to Cameron Highland sangat best!!!♥

Dah lama gila aku tak update blog ni..
Last sebelum raya cina.. Windu nak berblog ni..
Lepas habis cuti raya cina aku busy dengan test2 yang ada..
Ditambah dengan aku tak sihat.. BATUK..
Huhuuu.. teruk gila batuk aku.. sampai muntah2...

Masa raya cina haritu, aku dengan saudara mara aku pergi camping di Cameron H.
Kami camping kat Kem Slim.. Seronok...
Memang  kami suka berkumpul dan bercuti bersama2..
Tapi keluarga aku tak pergi untuk cuti kali ni..
Aku wakil je untuk keluarga aku..
Mengeratkan lagi hubungan yang memang dah erat..
Group family aku adalah Robiah's Club..
Aku yang tubuhkan group ni kat Facebook..
Baru tiba di camping site
Sebahagian mak cik dan pak cik aku
Ni opah aku yang sporting... Pengerusi Robiah's Club..
Khemah2 kami
Keindahan i-city di bawa ke Cameron...
Sebenarnya dah banyak kali kami camping kat sini..
Untuk kali ni, pak cik aku buat games sebagai aktiviti tambahan..
Barulah seronok.. Kami dibahagi kepada dua team..
Team aku Rhino dan team satu lagi team Bull..

Ada 10 game semuanya dalam masa 3 hari kami di sana..
Last game adalah War game.. Perang2.. Best...
Tapi paling tak tahan sebab kena mandi malam-malam selepas main war game..
Sejuk gila.. macam mandi guna air batu je.. Cakap pun kuar asap..
Ni antara gambar2 game yang kami main..
Game Mummy Return
Game pijak belon

Game pe tah namanya.. tapi tengok creativity la untuk seimbangkan bekas tu jgn bagi air tumpah banyak..
Time War Game.. Go go Rhino...
Selain itu kami juga wat aktiviti BBQ.. makan time..
Kenyang perut makan...

Kami juga pergi berjalan2 ke Strawberi Park, MARDI Cameron H. dan juga ke tempat Teh Bharat..


Akhirnya tiba saat untuk kami pulang dan meninggalkan Cameron Highland..
Meninggalkan kenangan manis dalam diri masing2..




Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tempat perkhemahan ni.. 
  Boleh KLIK kat link ni..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Tolong promote gambar adik aku ni♥

Adik aku ni suruh aku promote gambar dia..
Korang2 tolonglah like gambar dia ye.. 
Ikut arahan yang diberikan..

Muhamad Hisyam Bin Sidek

Macam mana nak undi dan LIKE gambar ni:
First 'LIKE' http://www.facebook.com/pages/Wealth-Secret-Sdn-Bhd/185044184856558 page

Second: 'LIKE' gambar adik aku tu.... Boleh KLIK kat gambar dia tau...

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, February 2, 2011

♥Seronok tengok gelagat kucing2♥

Seronok aku tengok gelagat kucing2 aku ni..
Anak2 si comot.. da 4 ekor semuanya..
Aku letak nama Comei, Tam, Belang dan Tot..
Baru pandai main sesama sendiri..
Tapi nanti dah besar sikit mak aku nak bagi kat orang..
Yela rumah flat macam kami ni tak boleh bela kucing banyak2..
Sedih2.. tak mau lah bagi kat orang.. Huuu..
Ni gambar aku tangkap tadi comot dan anak2nya..
Gelap sikit, tapi nampaklah jugak..
Nak masukkan video tapi xlepas2 upload kat sini..

Add caption
Belang
Tot

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Aku memang gila bears♥

Yeah.. Aku memang gila..
Gila apekah? Gila bears lah...
Bears dalam erti kata lain anak patunglah..
Dah nama pun perempuan, mestilah minat anak patung..
Aku ada banyak sangat anak patung kat rumah..
Dari yang paling kecik hinggalah yang paling besar..
Ada yang aku beli sendiri tapi kebanyakkan orang bagi..

Sape yang suka bagi aku bears2 ni ek???
Jawapannya... 
Kawan2 aku, adik aku, sepupu aku dan bf2 aku...
Habis penuh kat bilik aku tu dengan bears2 aku ni..
Sampai ayah aku tak bagi beli lagi dah.. katanya buat semak je..
Huhuhuuu.. dah suka nak buat macam manakan..

Setiap bears aku ni ada nama..
Dan mestilah ada yang paling aku sayang..
Semua orang tahu kot terutama kawan2 aku,
aku sayang sangat bears yang mana satu..
Jawapannya adalah Patrick..
Tapi sekarang terpaksa cuba berjauhan dengan Patrick atas sebab2 tertentu..

Bears aku yang terbaru adalah Mr BB..
Bears paling besar pernah aku dapat.. Hee..
Aku ada post hari tu pasal Mr BB ni.. Korang cari sendiri lah ye..
Sape2 nak jadi bf aku kena bagi aku bears sebagai hadiah tau..
Heheheeee...
Bears2 aku ni aku nak simpan dan nanti kalau aku dah kahwin, 
ada nak perempuan, so bears aku ni jadi milik anak aku pula...
Heheheeeee...
Ni gambar bears2 aku...

 Gambar ni aku dengan bear2 aku dan dua lagi rumet aku punya.. 
Dari kiri Kaka, Mr BB, Mr Brown, aku dan Sina.. Kaka dan Sina tu rumet aku punya.. 
Pinjam jap.. Heee...


Ni bears aku kat rumah.. Yang di atas tu bears kat kolej..
Sebenarnya ada lagi, tapi masa kecik2 dulu mak amik bears aku sikit bagi kat orang..
Aku ada Patrick, Spongebob, Garfield, Pooh, Cj7, Miss Yellow, One-nie, Kenik, 2 pasangan kembar dan yg kecik2 tu xde nama la pulak.. heeeee...
Aku sayang semua bears2 aku tau..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, February 1, 2011

♥Kalau korang terer, tekalah!!!♥

Ni aku ada teka teki untuk korang..
Aku dapat dari sepupu aku kat facebook aku tadi..
Mula2 aku pun tak dapat jawab...
Tapi tahu dah jawapannya.. Heeeee...
Korang cubalah ye..
Kalau ada sape2 yang dah tau, ok lah tu..

Kalau seorang, sendiri tau.
Kalau berdua, dua-dua sama tau. 
Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat.
Kalau berempat, lagilah tak tau...

Apa dia? kalo teror jawab la..hahahha
Aku bagi tempoh sampai lepas raya cina je.. 
Nanti aku bagi tau jawapan sebenarnya..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Welcome February♥

Nampaknya sudah masuk bulan Februari tahun 2011.
Sudah sebulan untuk tahun ini,
tetapi seakan semalam tahun 2011 muncul..
Macam2 perkara berlaku dlm sebulan..
Yang pasti penuh dengan keceriaan daripada kelukaan..
Walaupun terdapat pelbagai dugaan, 
cabaran dan halangan..
Aku berjaya dapatkan balik segala 
yang hilang dalam masa sebulan ini..
Hope bulan Februari ini akan 
mendapat lebih keceriaan dan kejayaan..
AMIN!!!


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...