Tuesday, March 22, 2011

♥AKU BENCI ROKOK!!♥


Balik dari kelas hari ni terus buka laptop, online.. Tiba2 rasa nak update blog.. Tengok2 blog orang lain dan singgah blog favourite blog Abg Ben, tetibe nampak entri pasal rokok.. Aku rasa nak join coz aku memang anti rokok nie...

Kenapa aku benci rokok?? Sebab utamanya rokok itu bahaya.. Lagi satu sebab aku tak boleh hidu asap rokok nie, tak bernafas aku dibuatnya. Bau rokok dah lah busuk.. Aku rasa daripada bazir duit beli rokok baiklah guna duit tu tuk beli makanan. Kenyang dan dapat hindar penyakit berbahaya. Walaupun kita tak hisap rokok, tapi risiko mendapat penyakit untuk orang yang hidu asap rokok tu lagi tinggi daripada orang yang hisap rokok.. Bahaya juga utk ibu mengandung dan baby.. Dalam rokok tu kandungan dia dah lah bahaya.. Mengandungi bahan2 yang boleh buat mati cepatlah.. Korang tahu tak dalam rokok tu ada apa?? Aku nie belajar bidang kimia, dan bila tengok kandungan bahan2 dalam rokok tu, amat menakutkan untuk aku mencuba menghisap rokok. Korang tengok sendiri bahan2 dalam rokok kat gambar ni..


Sekarang ni bukan lelaki je yang hisap rokok, perempuan pun ada.. Aku pernah kerja sebagai cashier kat sebuah kedai di Carefour Ampang, hari2 mesti ada orang datang nak beli rokok. Mula2 terkejut juga bila ada perempuan pun datang nak beli rokok. Hari2 tu.. Dah lah customer2 yang datang beli rokok ni memilih cikit. Kan kat kotak rokok tu ada letak gambar2 utk bagi perokok2 ni insaf, tapi dorang ni tak kan insaf punya selagi tak kena kat batang hidung sendiri. Kadang2 aku cakap je kat customer yang memilih gambar2 kat kotak rokok nie.. "Alah, sama jer gambar mana pun, bahaya jugak merokok nie".. Lantak pi la dorang nak terasa hati ke apa.. Ada aku kisah!!!

Aku nak pesan kat perokok2 dan orang yg baru nak cuba2 hisap rokok, berhentilah sebelum terlambat.. Sekali dah cuba susah nak berhenti.. Ketagih nanti.. Nikotin yg ada dalam rokok membuatkan kita akan ketagih dan sukar untuk berhenti.. Lagi pun sudah dikeluarkan fatwa yang menyatakan merokok itu haram.. Jadi, berhentilah wahai perokok2 sekalian.. Aku tahu payah nak berhenti sbb ramai kawan2 aku dan org yg aku kenal merokok dan mereka payah nak berhenti.. Bf aku dulu pun hisap rokok gak.. Jenuh aku marah2 kadang2 rampas rokok dia nak bagi dia berhenti.. Dapat tahan kejap je.. Tapi dia dah mula kurang merokoklah lepas aku marah2.. Takpe, berhenti slow2.. Nanti lama2 berhenti terus.. Kita perlu bagi sokongan kat perokok2 nie bila mereka nak mula berhenti merokok.. Perlu pantau mereka sebab kadang2 dorang ni nak berhenti, tapi karang datang plak kawan2 hulur rokok free tak pun tgk org lain merokok membuatkan iman si nak berhenti rokok ni tergugat..

Ada orang cakap merokok nampak macho, nampak kejantanan, nampak hebat, boleh release tensionlah, tak makan pun takpe, merokok je dah kenyang.. tapi bagi aku org yg merokok ni org yg nak cepat mati.. Dah lama sangat kot hidup kat dunia nie, dah terlalu cukup kot amalan untuk dibawa ke mati tu dia tak sabar2 nak mati tu. Takut hidup lama2 dosa bertambah plak, so dia nak bunuh diri dia perlahan2 dengan merokok. Tapi utk pengetahuan korang, wahai perokok2 terutama yg lelaki, perempuan selalunya tak suka lelaki yg hisap rokok dan begitu juga lelaki tak suka perempuan yg hisap rokok.. Jadi sila berhenti merokok!!!

Mintak maaf jika ayat aku kasar cikit.. Benci rokok!!
 Katakan TAK NAK kepada rokok!!!

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

4 orang doa Putri cepat kahwin!!:

nur said...

PUTRI,
BETUL TU.. SEKARANG NI MAKIN RAMAI PEREMPUAN YG MEROKOK.. JOM KE: ALL IN ONE

c-tea said...

betul-betul..setuju sangat...yang paling penting..merokok membakar wang ringgit...adeh..

jom baca kisah sedih si perokok tegar..di sini...sensasi dari blog ct..

http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/03/aku-cukup-benci-dengan-rokok.html

♥Putri ilyanie♥ said...

Kalau semua orang dapat praktikkan mcm iklan rokok yg baca yasin tu, mesti ramai yg segan nk merokok kt dpn org ramai... so, dpt kurangkn pencemaran udara dari asap2 rokok..

Lulu Caldina said...

Huh! Say NO to ROKOK..
Belia benci dadah..

create your own banner at mybannermaker.com! Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...