Wednesday, May 25, 2011

♥Nur Kasih vs Pirates of The Carribean:On Stranger's Tides!♥

Akhirnya aku dapat juga tengok filem Nur Kasih sabtu lepas setelah 
lama menanti kemunculan filem nie..
Seronok gila bila dah dapat beli tiket wayang tu..
Kat area Manjung ni mana ada wayang..
Mula2 sedih gak, ingatkan tak dapat tengok..
Aleh2 kat Sitiawan ada panggung wayang..
Semangat gila kami pergi sana..
Walaupun tak tau jalan tapi kami usaha juga mencari sampai dapat..
Kalau sesat dalam Malaysia juga..


Bagi aku cerita dia best la..
Sedih sangat..
Ada yang nangisla.. Aku takdala..
Aku nangis dalam hati je..
Heheheheee..
Cover mesti pandai..
Gambar dalam filem tu pun cantik..
Sapa yang tak tengok lagi pergilah tengok..
Mesti anda suka..

Silau pulak kat situ..
Filem ke 2 aku tengok kat Sitiawan adalah 
Pirates of The Carribean: On Stranger's Tides..
Aku tak pernah pun ikut cerita2 tu sebelum nie..
Tapi budak2 laki kat tempat aku praktikal ajak,
kami pergi jela..
Ingatkan 7 orang je pergi, 3 laki dan kami 4 orang..
Rupanya sampai sana ada lagi dua orang..
Kawan2 dorang.. Aku tak kenal..


Bagi aku, cerita pirates ni best la jugak..
Tapi Nur Kasih lagi best.. Heee..
Tapi ada jugak part yang aku terkejut..
Hee.. Terlalu menghayatila katakan..
Tapi ok la..
Habis wayang kul 11.30 malam..
Lepas tu kami pergi makan char kuew tiau..
Favourite aku tu..
Sedap jugak makan kat gerai tu..
Thanks lah kat kawan2 yang bawa aku and the gang kuar tengok wayang dan makan malam tu..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Contest Best Photo of Me by Yqnq Ellyana♥

Tiba2 aku rasa nak join contest aje..
Hahahaaa.. tengah tak busy nie boleh la join..
Nie meh tengok contest yang baru aku join nie..
Menang ke kalah tu belakang kira..
Tapi mestilah nak harapkan kemenangan..


Syarat-syaratnya adalah :

1) Title Entry : Contest Best Photo of Me by Yqnq Ellyana
Ok dah menuruti arahan..

2) Letak banner kat atas dalam entry/sidebar korang..link terus ke blog Yana oke
Udah.. Beres juga..

3) Sertakan 1 gambar korang yang korang rase paling menarik

Tak edit lagi yer gambar nie
4) Ceritakan cket pasal gambar tu
Kenapa aku letak gambar nie? Sebab aku suka gambar nie. Gambar ni diambil di Lumut sewaktu aku dan kawan2 singgah ambil angin menenangkan jiwa setelah penat bekerja di STRIDE.. Cantik pemandangan di sini.. Cantik ciptaan tuhan.. Aku seolah2 nak pegang awan tu.. Awan kan tinggi, payah kita nak capai.. Tapi dalam gambar nie aku boleh capai.. Jadi, aku berhasrat untuk capai segala cita2 aku walau sesukar mana sekali pun.. Tiada yang mustahil jika kita berusaha..
 
5) Folow blog Yana dan LIKE page Yana kayh
Udah follow.. Follower ke 2799..
 
6) Tag 3 orang kawan anda..make sure diorang tahu pasal contest nie kayh
Aku nak tag:

7) setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. Yana akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
Okey cik yana

8) Tarikh tutup contest : akhir bulan 6

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, May 23, 2011

♥PERSONA TRADING: My First Contest♥

Hari nie saya nak join contest..
Heheheeheeee..
Sebab tengok hadiah2nya menarik..
Menang ke tidak itu belakang kira..
Janji mencuba..
Boleh klik gambar di bawah nie untuk terus ke link contest..


Syarat2 penyertaan:
1) Letakkan header di atas dalam entry anda.
         Saya dah letak dah..
2) Mestilah menjadi follower PERSONA TRADING.
         Sudah lama jadi follower blog ni.. Follower yang ke 3..
3) Buat entry mengenai contest ini dengan menjawab soalan2 berikut:
a) Pernahkah anda dengar dan menggunakan produk Imtiyaaz?
b) Adakah anda menggunakan penapis air di rumah?
Jika ya, jenama apa?
c) Jika anda mengetahui tentang kebaikan penapis air untuk
keluarga anda dan kami pula menawarkan penapis air
dengan harga promosi, adakah anda berminat untuk membelinya?

Mari lihat jawapanya di bawah ini..


4) Tag kan pada 2 orang dan pastikan mereka tahu mereka telah di tag.
           Saya nak tag kepada:
                                           Syam 
                                           Ain
5) Tinggalkan link entry anda di kotak komen ye.
            Baik.. Akan dituruti..
6) Contest bermula dari 23 Mei - 30 Jun 2011.

Hadiah menarik menanti tau. Lihat di bawah ini:


Jom korang semua join contest nie..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Sunday, May 22, 2011

♥Happy birthday Cik Sue♥

Hari nie 22 Mei aku nak buat entry khas untuk
  Cik Sue @ Cik KP sempena birthday dia..
Happy birthday Sue..
Kita dah sebaya.. 
Terimalah hakikat itu yer.. Heheeee..
Birthday kita sama tarikh cuma lain bulan jer..
Pasti Sue suka tahun nie..
Yela 22 Mei 2011 untuk birthday yang ke 22..
Oppss.. termention plak umur Sue kat sini..
Heheheheee.. Jangan marah yer..
Semoga berjaya dalam hidup dan bahagia selalu bersama orang tersayang terutama Mr FA..
Nak kahwin nanti jangan lupa jemput tau..


Cik Sue ni adalah rumet aku kat UPM..
Dia juga owner blog Di Teratak Pena..
Jemputlah singgah ke blog dia yer..
3 tahun kami menjadi rumet bersama..
Banyak kenangan pahit manis bersama2..
Semoga kita berjumpa lagi Sue..
Miss you..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Al-Fatihah buat mangsa tanah runtuh♥

21 Mei 2011 kita dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat..
Area rumah aku tu..
Tragedi berlaku kepada warga Rumah Anak Yatim & Kebajikan Madrasah Al-Taqwa..
Berita terkini menyatakan kesemua mangsa 25 orang telah dikeluarkan dari runtuhan itu..
Ada yang meninggal, cedera parah dan ada yang selamat..
Boleh dapatkan berita2 terkini di akhbar2 seperti
Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa tersebut..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
AMIN!!

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, May 21, 2011

♥Sedarlah, jangan bermimpi lagi♥

Bangun.. Bangun..
Sedarlah.. Jangan bermimpi lagi..
Sampai bila kau nak bermimpi dan tidak mahu menerima hakikat ini..
Apa yang kau dapat jika masih begini??
Rugi.. Rugi segalanya jika terus begini..

Ayat dari cerita Nora Elena menyedarkan aku..
"Kita kena berkahwin dengan orang yang mencintai kita, bukan berkahwin dengan orang yang kita cinta tetapi dia tidak berapa mencintai kita"..
Ada betulnya juga ayat itu..
Terus membuatku terfikir dan sedar..
Membuatku terbangun dari tidur selama ini..

Yela tak guna kita paksa orang yang tak berapa cintakan kita kahwin dengan kita..
Sanggup buat macam2 agar dia kahwin dengan kita..
Contohnya guna ilmu hitam.. Tak bahagia aku rasa..
Lebih baik kahwin dengan orang yang betul2 cintakan kita..
Dia pasti akan menjaga kita sebaik mungkin..
Jika kita tidak berapa cintakan dia, tapi pasti  lama kelamaan kita akan mencintai dia diatas kejujuran dan keikhlasan cinta dia terhadap diri kita..

Dalam kes aku ni..
Aku selalu menunggu dia selama ini..
Walaupun macam2 yang dia lakukan untuk menyakitkan hati aku, tapi aku masih menunggu dia..
Kenapa aku tidak sedar sebenarnya dia tak cintakan aku tapi hanya permainkan aku..
Dia boleh muncul dalam hidup aku umpama biskut..
Sekejap ada, sekejap tiada..
Aku keliru.. Tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi..
Jika dia tidak mencintai aku, tapi kenapa aku boleh rasa kasih sayang dan cinta yang dia salurkan padaku??
Adakah aku cuma bertepuk sebelah tangan??

Dia buat aku terasa dah jadi sebahagian dari keluarga dia..
Seolah2 suatu hari nanti aku betul2 menjadi sebahagian daripada keluarga itu..
Sikap dia, pandangan mata dia, sifat ambil berat dia kadang membuat aku rasa dia betul2 cintakan aku..
Tapi aku keliru.. Sering bertanya kepada diri sendiri..
Kenapa dia buat aku begini??

Kadang2 hati aku berkata dia sebenarnya cintakan aku..
Tapi ada halangan lain yang aku tak tahu membuatkan dia menjauhkan diri dari aku dan abaikan aku..
Dia pernah berkata tak nak aku hidup susah dengan dia..
Hmm.. Aku bukan jenis orang yang nak hidup senang sama2, susah tak nak sama2..
Entahlah... Sedarlah wahai diri..
Jangan terus mengharap dan menunggu..
Kau hanya menyiksa diri sendiri je..

Lihatlah sekeliling di dunia realiti.. 
Keluarlah dari dunia mimpi fantasi itu..
Mungkin kau tidak sedar adanya orang yang betul2 mencintai kau lebih dari dia..
Mungkin kau akan lebih bahagia setelah kecewa selama ini..
Ada hikmah di sebalik semua ini..
Sabarlah dan tunggulah kebahagiaan yang kau cari itu..
Aku harap mendapat kebahagiaan itu sebelum aku pergi untuk selama2nya..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, May 17, 2011

♥1st day practical: Memang kelakar♥

Setelah berhempas-pulas mencari tempat praktikal, 
akhirnya aku dan kawan2 dapat juga..
Kami praktikal di STRIDE Lumut..
Tahu ke apa itu STRIDE??
STRIDE adalah Institut Sains dan Teknologi Pertahanan..

Tapi tula jauh sangat..
Terpaksa cari rumah sewa..
Memang dugaan besar gila lah sebelum praktikal start..
Mencari rumah sewa bagai nak gila..
Ada tuan rumah yang batalkan secara tiba2..
Akhirnya berjaya juga..
Syukur... Alhamdulillah!!

Malam sebelum hari pertama nak pergi STRIDE..
Berdebar2.. tak tido lena..
Dok pikir keadaan hari esok..
Ok ke tempat tu? Staf2 ok ke?
Kami bangun pagi awal gila.. 
Semangatla katakan..
Heheheeheee...

Sampai je kat pintu utama TLDM, kami pergi ke pondok guard, tinggalkan ic dan ambil pas pelawat..
Guard: Nak pergi mana nie??
Kami: Nak pergi STRIDE. Daftar untuk praktikal.
Guard: Okay.. boleh masuk..
Kami: Macam mana nak pergi STRIDE yer??
Guard: Awak jalan terus je sampai jumpa BOSTED..
Kami: Ok.. Terima kasih. (Dalam kepala pikir BOSTED tu apa?)

Kami pun jalan terus je sampailah jumpa Boustead..
Muka selamba nak masuk terus dengan motor2 sekali..
Kemudian guard tahan..
Guard: Nak pergi mana ni?
Kami: Nak daftar praktikal kat STRIDE..
Guard: Oh.. STRIDE kat dalam ni.. Tapi adik kena parking motor kat sana..


Alamak.. jauhnya.. kena patah balik..
Kemudian guard tu cakap lagi..
Guard: Pusinglah motor tu.. Patah balik..
Kami: Okay2..

Tapi kami masih terpinga2.. 
Tak gerak2 motor untuk pusing ke tempat parking tu..
Masing2 kelam kabut.. Gelabah..
Dah sampai tempat parking dok keliru mana pintu masuk parkingnya..
Memang macam orang bodoh la hari tu..
Satu apa pun tak tahu..

Banyak gila halangan nak sampai ke STRIDE tu..
Kena pergi ke pondok pengawal tukar pas lagi..
Boleh pulak aku main cak2 dengan pengawal tu..
Yelah tak nampak mukanya..
Golap sangat cerminnya..
Dia nampak aku..
Kemudian kami pergi ke pagar dan tanya pengawal..
Guard: Nak pergi mana..
Kami: Nak pergi STRIDE daftar praktikal.. Belah mana ye?
Guard: Tu bangunan ke dua belah kanan.. Bangunan 05..

Kami pun dengan senang hati ikut arahan..
Tanya orang kat luar bangunan tu kat mana tempat nak daftar praktikal..
Kami pun ikut dia masuk dalam..
Salam dengan semua budak2 dalam tu..
Ramai gila yang baru daftar.. 16 orang..
Cuma kami 4 orang pakai baju kurung..
Yang lain pakai uniform universiti ataupun kos dorang masing2..

Bila jam pukul 8 pagi.. Bunyi siren..
Semua kena berkumpul di luar bangunan..
Nyanyi lagu Negaraku..
Kemudian buat senaman sedikit..
Lepas tu semua masuk buat kerja masing2..
Kami semua pergi ke bilik mesyuarat tunggu taklimat seterusnya..
Hati rasa tak sedap je.. Rasa pelik.. Ragu2..

Kemudian pengurus tempat tu panggil nama sorang2..
Heran, nama kami empat orang takda..
Kami dah mula risau..
Kami dapat praktikal kat STRIDE Lumut ke STRIDE Kajang??
Kemudian dengar orang sebut tempat kami masuk tu MTA..
Apa MTA nie??
MTA tu Marine Technology Academy..
Kami semua dok pikir betul ke tempat nie..
Last2 tanya pengurus kemudian dia cakap..
Pengurus: Salah tempat ni.. STRIDE bangunan sebelah tu, bukan di sini..
Malunya.. Cepat2 keluar tak pandang kiri kanan..

Pukul 9 baru kami masuk STRIDE..
Penat cari pejabat sebab bangunan dia nampak macam lab semata2..
Dah jumpa En Subhi suruh duduk dalam bilik mesyuarat..
Pukul 9.30 ada mesyuarat..
Dimulakan dengan sedikit kata2 dari Dr Mahdi..
Kemudian sesi perkenalkan diri dengan semua orang..
Budak praktikal 7 orang je kat situ..
Kami 4 orang dan 3 lelaki..
Bila dah tamat meeting, ada makan2..
Best2.. Dapat makan free..
Pandangan pertama terhadap staf2 STRIDE semuanya ramah2 belaka..
Kemudian kami pergi melawat semua tempat di situ..
Habis je melawat, En Subhi tak tahu nak tempatkan kami di mana lagi dan suruh kami duduk bilik meeting dulu..
Lama kami duduk situ..
Baca majalah, makan2 habiskan makanan meeting tadi, tido, menyanyi dan bergambar..
Tengok gambar2 nie..

Aku memang gila microphone!!!

Perbincangan hangat!!
Sapa tidur tu??

Menghabiskan makanan meeting tadi..
Pas solat zuhur, baru kami dipanggil masuk ke makmal kakisan..
Di situlah tempat kami..
Mungkin untuk 2 minggu sebelum tukar ke lab lain..
Kami ada tempat masing2..
Tak kisahlah sempit tapi sejuk sangat2..
Macam kat kutub selatan..
Kami kenal dengan Kak Pah, Cik Mai, Abbas..
Staf2 kat sana semua sporting2 belaka..
Heheheeee..
Harap2 untuk hari seterusnya sehinggalah tamat praktikal, tiadalah sebarang masalah berlaku..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥SKI & Dinner: Saat perpisahan kita♥

Akhirnya setelah sibuk dua tiga hari ni, baru ada kesempatan nak update blog..
Dah banyak cerita yang dah basi tak di update di sini..
Untuk entry kali ni aku nak kongsi kisah hidup aku saat aku berpisah dengan rakan2 di UPM..
Setelah 3 tahun bersama, belajar bersama, bergurau bersama, bersenang bersama dan bersusah bersama..
Kini kita akan terpisah jauh,
entah bila lagi akan dapat bersama lagi..
Sedih.. sedih.. sedih..

Semasa Seminar Kimia Industri (SKI), macam2 maklumat yang kami dapat..
Seperti biasalah, mengantuk semasa ceramah2 tu berlangsung, tapi mata semua orang terbeliak, sedar dari tidur bila time quiz..
Huhuuu.. Best gile time tu..
Semua berebut2 nak jawab soalan quiz yang bernilai RM10 dan soalan paling mendapat rebutan hangat, soalan bernilai RM50..
Nampak sangat sebab duit kami memberi perhatian semasa ceramah.. 
Nie aku sertakan gambar sebahagian pada hari terakhir kami bersama..


Gadis2 ayu..



Soalan: Saya nak tanya, boleh tak karaoke di sini?? Terima kasih!
Ramai yang tak puas hati dengan gambar aku di atas nie..
Heheheheeee.. 
Aku ada!! Kau ada??

Malam tu. kami ada dinner.. Makan2.. Nyum2..
Semua orang berpakaian cantik2 belaka..
Ada jugak yang seksi dan seksa mata melihatnya..
Heheheeeee...
Saat seronok makan2 berakhir dengan tragedi air mata di mata semua sedih hendak berpisah dengan kawan2..
Macam2 reaksi dapat di lihat masa tu..
Tapi terdapat 1 tragedi yang tak patut berlaku pada saat itu..
Tragedi PENCURIAN!!!
Kenapa ada pencuri pula nie? Mana datangnya pencuri ni?
Kecian kepada dua orang rakan kami kehilangan barangan berharga..
Tidak patut betul perkara ini berlaku..
Nasib baik akhirnya jumpa juga barang yang hilang..
Tau tak kami jumpa barang tu di mana??
Dalam tong sampah!!!
Kepada pencuri, sedarlah sikit..
Ubahlah diri anda..
Aku sertakan sebahagian gambar semasa dinner..








Jumpa lagi kawan2.. 
Semoga korang semua berjaya dan berbahagia..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, May 14, 2011

♥Bernanah telinga aku lah!!!♥

Sekarang jam 3.23 pagi..
Orang lain sedang lena tido, kenapa aku tak tidur2 lagi??
Ingatkan balik rumah, dah habis study bolehlah tidur puas2..
Tapi tak boleh!!! Panas je hati aku nie..
Wat aku rasa nak mengamuk, marah, boleh hilang kawalanlah..
Nie semua gara2 si comot..
Kucing kat rumah aku nie..
Dah gatal sangat nak mengawan..
Bising nak keluar rumah..
Kami tak bagi dia keluar sebab tak nak dia beranak..
Nak kasi kan dia dulu..
Nie tak menyempat2..
Suara dia bising sampai nak bernanah telinga aku nie..
Kalau aku tak pikir panjang, ase nak bunuh2 aje..
Potong je lidahnya.. Geram2.. 
Dah la tiba2 buat perangai, pergi berak, kencing merata..
Selama nie tak buat perangai pun..
Gunung berapi nak meletus2 dah nie!!
Nasib baiklah esok aku dah tak duk rumah..
Dari pagi sampai sekarang tak benti2 memekaknya..
Sabar2.. Mengucap panjang2..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, May 9, 2011

♥Happy Mother's Day: l ♥ u Mak!!♥

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari ibu kepada mak aku yang tercinta..
Tapi hari ibu ni bukan setakat semalam, hari2 sebenarnya..
Asalkan kita ingat dan hargai dia..
Meh tengok gambar mak aku..

Sejibik tak muka aku macam muka mak aku??
Hahahaaa.. dah aku anak dia..

Kepada mak:
Terima kasih menjadi mak yang terbaik kepada anakmu ini.. 
Terima kasih kerana banyak bersabar menjaga dan sentiasa memaafkan segala kesalahan anakmu ini..
Anakmu ini terlalu banyak dosa denganmu..
Minta ampun dan maaf andai pernah terguriskan hatimu..
Semoga emak sihat sentiasa dan diberkati tuhan..
Anakmu ini terlalu menyayangimu..

Love You So Much..

Nie lagu aku nak tuju kat mak aku..


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Friday, May 6, 2011

♥Mood: Jelesnya!! Dia masuk surat khabar♥

Bangun pagi2 dengan taik mata bersepah kat muka..
Air liur meleleh lagi..
Rambut serabai bagai hantu Kak Limah..
Terus aku on my laptop..
Online fb, blog dan email..
Inilah perkara wajib aku wat pagi2..
Then tiba2 tengok fb, ada org tag gambar kat aku..
Sape yer nie.. Nape tag2 nie..
Tiba-tiba mood jeles keluar mendadak bagaikan gunung berapi mau meletus2..
Aarghhh.. Dia masuk surat khabar Utusan Malaysia ruangan Halo Kampus..
Kenapa dia boleh masuk surat khabar tu?? Aku takda pun..
Jeles.. jeles.. jelesnye..
Meh tengok bawah nie..

Kenal tak sapa dalam gambar tu??
Itulah adik aku..
Dia amik Diploma Multimedia kat KPTM Ipoh..
Dah tamat belajar dah sekarang..
Mood jeles tu memangla ada..
Kakaknye nie tak sebagus adikku yang ini..
Tapi apa2 pun tahniahla..
Mengharumkan nama keluarga..
Mesti En Sidek dan Puan Norlela bangga sangat2..
Along pun tumpang bangga jugak..

Adik aku sekarang buat service tangkap gambar untuk macam-macam event tau..
Harga yang dia kenakan berpatutan jer..
Kalau korang berminat boleh contact dia..

Syam.. Along konvo dengan kahwin nanti ko tolong tangkap gambar tau..
Mau free xde charge2.. Heee..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Thursday, May 5, 2011

♥Hahaaa.. Nasib la ko!!♥

Setelah seharian penat mengadap buku..
Setelah memuntahkan semuanya dalam exam semalam..
Baru rasa lega sikit..
Tapi tak lega sangat lagi..
Kena masuk lab plak cuci radas yang dah lama tak bercuci tu..
Tension2.. Payah giler nak bersih..
Balik bilik terus buat aksi manja di depan Hajar..
Dengan nada menggediknya...
"Hajar... nak pinjam laptop.. nak online.."
Hajar dengan muka stressnya yang tekun menelaah buku, pun jawab..
"Amikla ayu.."
Heheheheee.. (gelak suka..)
Aku apa lagi buka facebook, blog dan email..
Baca punya baca kemudian...
Terbaca sesuatu yang membuatkan aku gelak..
Hahahaaaa.. status kat fb adik aku..
Meh lihat bawah nie..
Sebab apa aku kata nak gelak..
Sebab ayat yang adik aku tulis tu sebijik dengan ayat yang mak aku cakap kat aku tiap pagi kalau aku ada kat rumah..
Hahahaaa.. sekarang dia cuti, duk rumah.. Padan muka ko..
Selama ni along ada kat rumah, ko senang lenang je..
Hahahahaaa.. (gelak jahat...)
Tapi takpelah.. sekali sekala tolong mak..
Jangan berkira sangat.. Tolong dengan ikhlas..
Heheee.. urm.. dah lama tak balik rumah..
Lepas nie tamat belajar duk rumah jelah aku..
Alamak..
Nasib r aku akan dengar dialog tu tiap2 pagi lepas nie..
Nasib.. nasib..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...