Saturday, May 21, 2011

♥Sedarlah, jangan bermimpi lagi♥

Bangun.. Bangun..
Sedarlah.. Jangan bermimpi lagi..
Sampai bila kau nak bermimpi dan tidak mahu menerima hakikat ini..
Apa yang kau dapat jika masih begini??
Rugi.. Rugi segalanya jika terus begini..

Ayat dari cerita Nora Elena menyedarkan aku..
"Kita kena berkahwin dengan orang yang mencintai kita, bukan berkahwin dengan orang yang kita cinta tetapi dia tidak berapa mencintai kita"..
Ada betulnya juga ayat itu..
Terus membuatku terfikir dan sedar..
Membuatku terbangun dari tidur selama ini..

Yela tak guna kita paksa orang yang tak berapa cintakan kita kahwin dengan kita..
Sanggup buat macam2 agar dia kahwin dengan kita..
Contohnya guna ilmu hitam.. Tak bahagia aku rasa..
Lebih baik kahwin dengan orang yang betul2 cintakan kita..
Dia pasti akan menjaga kita sebaik mungkin..
Jika kita tidak berapa cintakan dia, tapi pasti  lama kelamaan kita akan mencintai dia diatas kejujuran dan keikhlasan cinta dia terhadap diri kita..

Dalam kes aku ni..
Aku selalu menunggu dia selama ini..
Walaupun macam2 yang dia lakukan untuk menyakitkan hati aku, tapi aku masih menunggu dia..
Kenapa aku tidak sedar sebenarnya dia tak cintakan aku tapi hanya permainkan aku..
Dia boleh muncul dalam hidup aku umpama biskut..
Sekejap ada, sekejap tiada..
Aku keliru.. Tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi..
Jika dia tidak mencintai aku, tapi kenapa aku boleh rasa kasih sayang dan cinta yang dia salurkan padaku??
Adakah aku cuma bertepuk sebelah tangan??

Dia buat aku terasa dah jadi sebahagian dari keluarga dia..
Seolah2 suatu hari nanti aku betul2 menjadi sebahagian daripada keluarga itu..
Sikap dia, pandangan mata dia, sifat ambil berat dia kadang membuat aku rasa dia betul2 cintakan aku..
Tapi aku keliru.. Sering bertanya kepada diri sendiri..
Kenapa dia buat aku begini??

Kadang2 hati aku berkata dia sebenarnya cintakan aku..
Tapi ada halangan lain yang aku tak tahu membuatkan dia menjauhkan diri dari aku dan abaikan aku..
Dia pernah berkata tak nak aku hidup susah dengan dia..
Hmm.. Aku bukan jenis orang yang nak hidup senang sama2, susah tak nak sama2..
Entahlah... Sedarlah wahai diri..
Jangan terus mengharap dan menunggu..
Kau hanya menyiksa diri sendiri je..

Lihatlah sekeliling di dunia realiti.. 
Keluarlah dari dunia mimpi fantasi itu..
Mungkin kau tidak sedar adanya orang yang betul2 mencintai kau lebih dari dia..
Mungkin kau akan lebih bahagia setelah kecewa selama ini..
Ada hikmah di sebalik semua ini..
Sabarlah dan tunggulah kebahagiaan yang kau cari itu..
Aku harap mendapat kebahagiaan itu sebelum aku pergi untuk selama2nya..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

7 orang doa Putri cepat kahwin!!:

mama aini said...

assalamualaikum putri, kadangkala bila kita syg sesorang, dia akan melukakan kita..mungkin ada hikmah diseblknya, siapa tahu kita akan jumpa orang yang lbh menyanyangi n ikhlas menerima kita seadanya..semuga berbahgia !!!..

♥Putri ilyanie♥ said...

Thanks mama aini atas nasihat anda.. harap2 saya jumpa org yg lebih baik dari dia..

Zulaikha Nurdin said...

betul tu kak ayu.. :) just follow the flow.. 1 day nnt mesti ada jugak.. allah dah tentu kn jodoh kn.. :)

admin said...

assalam . bersabarlah dan harap terlalu berharap pada sesuatu yang tak pasti . be yourself sebab kita ni diberikan akal fikiran . Jadi pilihlah yang mana saling sayang menyayangi . Semua manusia tak mampu menentukan jodoh sendiri , jadi gunakan segala kudrat yang ada untuk lebih menyayangi diri sendiri kerana sakit dek mencintai dan menjaga hati orang ke 2 . Neway sy dah follow awak :D . be yourself , peace .

IdaNurFieyda said...

awk mmg kena sdr dr mimpi dear..gunakan sepenuhnya ayt dlm cite nora elena tu..sy seorg yg berpgg pd prinsip kawen dgn org yg sygkan kite bkn dgn org yg kite syg..yup..hjg thn nie sy akn berkahwin dgn tunang sy yg sy xpenah jumpe,xpenah kenal,xpenah bercinta sebelum bertunang..alhamdulillah slps bertunang kitorg bhgia..xpenah ada mslh..just be ur self dear..

♥Putri ilyanie♥ said...

Thanks atas nasihat anda semua..
to ida: bagusnya awak... semoga bahagia sampai akhir hayat..

ieka.H said...

dear..btul ckp idanurfieda tu..kte sbg pmpn lbh elok bukakan hati utk org yg syg kte..bkn org yg kte syg..
pmpn taksama dgn lelaki..kalau lelaki tu btul2 sygkan kte insyaAllah kte akan rse bhgia..just open ur heart n ur eyes to others who deserve ok..
jodoh d tgn Tuhan..jgn seksa dri..

create your own banner at mybannermaker.com! Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...