Tuesday, May 17, 2011

♥1st day practical: Memang kelakar♥

Setelah berhempas-pulas mencari tempat praktikal, 
akhirnya aku dan kawan2 dapat juga..
Kami praktikal di STRIDE Lumut..
Tahu ke apa itu STRIDE??
STRIDE adalah Institut Sains dan Teknologi Pertahanan..

Tapi tula jauh sangat..
Terpaksa cari rumah sewa..
Memang dugaan besar gila lah sebelum praktikal start..
Mencari rumah sewa bagai nak gila..
Ada tuan rumah yang batalkan secara tiba2..
Akhirnya berjaya juga..
Syukur... Alhamdulillah!!

Malam sebelum hari pertama nak pergi STRIDE..
Berdebar2.. tak tido lena..
Dok pikir keadaan hari esok..
Ok ke tempat tu? Staf2 ok ke?
Kami bangun pagi awal gila.. 
Semangatla katakan..
Heheheeheee...

Sampai je kat pintu utama TLDM, kami pergi ke pondok guard, tinggalkan ic dan ambil pas pelawat..
Guard: Nak pergi mana nie??
Kami: Nak pergi STRIDE. Daftar untuk praktikal.
Guard: Okay.. boleh masuk..
Kami: Macam mana nak pergi STRIDE yer??
Guard: Awak jalan terus je sampai jumpa BOSTED..
Kami: Ok.. Terima kasih. (Dalam kepala pikir BOSTED tu apa?)

Kami pun jalan terus je sampailah jumpa Boustead..
Muka selamba nak masuk terus dengan motor2 sekali..
Kemudian guard tahan..
Guard: Nak pergi mana ni?
Kami: Nak daftar praktikal kat STRIDE..
Guard: Oh.. STRIDE kat dalam ni.. Tapi adik kena parking motor kat sana..


Alamak.. jauhnya.. kena patah balik..
Kemudian guard tu cakap lagi..
Guard: Pusinglah motor tu.. Patah balik..
Kami: Okay2..

Tapi kami masih terpinga2.. 
Tak gerak2 motor untuk pusing ke tempat parking tu..
Masing2 kelam kabut.. Gelabah..
Dah sampai tempat parking dok keliru mana pintu masuk parkingnya..
Memang macam orang bodoh la hari tu..
Satu apa pun tak tahu..

Banyak gila halangan nak sampai ke STRIDE tu..
Kena pergi ke pondok pengawal tukar pas lagi..
Boleh pulak aku main cak2 dengan pengawal tu..
Yelah tak nampak mukanya..
Golap sangat cerminnya..
Dia nampak aku..
Kemudian kami pergi ke pagar dan tanya pengawal..
Guard: Nak pergi mana..
Kami: Nak pergi STRIDE daftar praktikal.. Belah mana ye?
Guard: Tu bangunan ke dua belah kanan.. Bangunan 05..

Kami pun dengan senang hati ikut arahan..
Tanya orang kat luar bangunan tu kat mana tempat nak daftar praktikal..
Kami pun ikut dia masuk dalam..
Salam dengan semua budak2 dalam tu..
Ramai gila yang baru daftar.. 16 orang..
Cuma kami 4 orang pakai baju kurung..
Yang lain pakai uniform universiti ataupun kos dorang masing2..

Bila jam pukul 8 pagi.. Bunyi siren..
Semua kena berkumpul di luar bangunan..
Nyanyi lagu Negaraku..
Kemudian buat senaman sedikit..
Lepas tu semua masuk buat kerja masing2..
Kami semua pergi ke bilik mesyuarat tunggu taklimat seterusnya..
Hati rasa tak sedap je.. Rasa pelik.. Ragu2..

Kemudian pengurus tempat tu panggil nama sorang2..
Heran, nama kami empat orang takda..
Kami dah mula risau..
Kami dapat praktikal kat STRIDE Lumut ke STRIDE Kajang??
Kemudian dengar orang sebut tempat kami masuk tu MTA..
Apa MTA nie??
MTA tu Marine Technology Academy..
Kami semua dok pikir betul ke tempat nie..
Last2 tanya pengurus kemudian dia cakap..
Pengurus: Salah tempat ni.. STRIDE bangunan sebelah tu, bukan di sini..
Malunya.. Cepat2 keluar tak pandang kiri kanan..

Pukul 9 baru kami masuk STRIDE..
Penat cari pejabat sebab bangunan dia nampak macam lab semata2..
Dah jumpa En Subhi suruh duduk dalam bilik mesyuarat..
Pukul 9.30 ada mesyuarat..
Dimulakan dengan sedikit kata2 dari Dr Mahdi..
Kemudian sesi perkenalkan diri dengan semua orang..
Budak praktikal 7 orang je kat situ..
Kami 4 orang dan 3 lelaki..
Bila dah tamat meeting, ada makan2..
Best2.. Dapat makan free..
Pandangan pertama terhadap staf2 STRIDE semuanya ramah2 belaka..
Kemudian kami pergi melawat semua tempat di situ..
Habis je melawat, En Subhi tak tahu nak tempatkan kami di mana lagi dan suruh kami duduk bilik meeting dulu..
Lama kami duduk situ..
Baca majalah, makan2 habiskan makanan meeting tadi, tido, menyanyi dan bergambar..
Tengok gambar2 nie..

Aku memang gila microphone!!!

Perbincangan hangat!!
Sapa tidur tu??

Menghabiskan makanan meeting tadi..
Pas solat zuhur, baru kami dipanggil masuk ke makmal kakisan..
Di situlah tempat kami..
Mungkin untuk 2 minggu sebelum tukar ke lab lain..
Kami ada tempat masing2..
Tak kisahlah sempit tapi sejuk sangat2..
Macam kat kutub selatan..
Kami kenal dengan Kak Pah, Cik Mai, Abbas..
Staf2 kat sana semua sporting2 belaka..
Heheheeee..
Harap2 untuk hari seterusnya sehinggalah tamat praktikal, tiadalah sebarang masalah berlaku..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

15 orang doa Putri cepat kahwin!!:

NuSaNa NoSa 91 said...

wahhh~ hari 1st xde keje lg ea?? ^_^

mama aini said...

selamat ber praktikal putri..best kan dapat msk ke kws tldm tu !!.

♥Putri ilyanie♥ said...

Nusana: ahaaa.. hari first relax je.. bergelak ketawa je..

mama aini: best dapat masuk sana.. bukan semua orang dapat masuk situ..

Unknown said...

lama2 boleh jemu masuk ke kwsn high security mcm tu...berapa lapis sentry nak lepas....huhu

sYafIk-wAy said...

aduh kelako lahh , ahahhaa

Anonymous said...

terbaik pengalaman kak ayu...
huu~

♥Putri ilyanie♥ said...

hehee.. zahra... best..

Fik said...

Salam. boleh tak emel sy requirement nk LI kat STRIDE, elaun, duration LI. send kat mfikri.06@gmail.com

Nuri Nian said...

salam...boleh share x mcm mna nk mohon LI kt tmpt ni? awk dlu student course ape ye? tq,
idayushah@gmail.com

Unknown said...

salam. boleh share awak Praktikal ni dalam jabatan mana ye dulu? and awak student course apa dulu. Thanks :)
kalau free boleh emel dekat zetimahaya@gmail.com

helmieza raihan said...

salam kak,
saya dpt call dri stride utk praktikal
sy cos fizik gunaan
akak rasa sy dpt praktikal kat mana?
lumut jugak ke?
masa praktikal, kerja dorg bg ok x?
elaun mcm mana?

boleh akak email sy?
kuza_mmp05@yahoo.com

or@nge bLueZz said...

salam kak,,boleh bg contact tak nk mntak LI kt situ..sy dpt list drpd lectrer tp no invlid..boleh email kt sy tak kak?
alyasyafawani93@gmail.com

mewan99 said...

Salam,
boleh tak share macam mna nk mohon LI kat situ
email: meorfirdaus123@gmail.com
Terima kasih.

Unknown said...

Salam semua... saya tuan empunya blog.. tapi sudah lama sangat tak buka blog.. ramai yang bertanya macam mana nak apply..

saya dulu kos kimia industri...
kursus tiada elaun..
mohon melalui jabatan dan hantar ke ke email mereka.
kerja sangat relax dan sangat best. byk aktiviti

Unknown said...

Salam semua... saya tuan empunya blog.. tapi sudah lama sangat tak buka blog.. ramai yang bertanya macam mana nak apply..

saya dulu kos kimia industri...
kursus tiada elaun..
mohon melalui jabatan dan hantar ke ke email mereka.
kerja sangat relax dan sangat best. byk aktiviti

create your own banner at mybannermaker.com! Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...