Friday, December 21, 2012

♥Percutian di Melaka yang best♥

Salam semua.. Kali ni Putri nak share kegembiraan 
percutian Putri dengan korang semua!
Baru-baru ni Putri pergi bercuti di Melaka!
Lebih seronok sebab bercuti bersama bf kesayangan 
Putri serta keluarga dan saudara maranya.

Kami menginap di Chalet Inapan Samudera
kat area Bukit Sepai Kuala Linggi Melaka.

(Tapi dalam website dia kat Pengkalan Balak Melaka)

Kami sewa semua bilik, senang tak campur orang lain.
Ini first time Putri join bercuti beramai-ramai dengan
family dia. (Mesti Osman Baku marah Putri guna bahasa rojak)
Sebelum ni bercuti dengan family dia dan family Cik Un je.
Kali ni semua ada keluarga pak ngah, ibu, uda, Cik Un & Ucu.
Putri dapat kenal semua. Heheheeee..
Mereka pun first time kumpul bercuti bersama beramai-ramai.
Keluarga Putri dari Putri kecil tiap2 tahun buat family day.

Bf Putri sebagai cucu sulong bertanggungjawab pastikan
family day ini berjalan lancar dan menyeronokkan.
Putri pun tolong dia cikit2. Kecian dia buat sorang2.
Sanggup tu Putri amik cuti tolak gaji nak join family day ni.
Kami rancang buat game masa percutian itu.
Jenuh Putri dan dia pergi beli barang2 untuk game dan hadiah.
Mak cik dia Ucu paling bertungkus lumus untuk program ni.
Gambar sebelum bertolak ke Melaka dari tol Sungai Besi. 

Ayah, Mak Ngah, alif, Pak Ngah dan Ibu
Putri dan Ucu
Ucu, Ibu dan Arin
Antara game yang dimainkan:
Berlari sambil kepit bola, baling belon air dalam baldi,
bawa bola dalam sudu, cari gula2 dalam tepung, 
tiup belon sampai pecah, mummy race & last standing on carpet.
Antara gambar-gambarnya: 



Hadiah Putri dan dia balut tuk hamper game tersebut!
Malam kami wat bbq dan penyampaian hadiah
untuk semua game dan birthday.
Putri pun dapat tau adiah besday.



Keesokkan harinya kami pergi berjalan-jalan
ke Bandar Melaka. Hajat nak naik Menara Taming Sari dan 
Melaka Ducks Tours, tapi dapat naik Taming Sari je sebab
Duck tours tu mahal sangat. Huhuuu..


Bergambar je. Tak naik pun. Ingat kan Duck Tours.



Kami bercuti 4 hari 3 malam. Habis muka Putri gelap.
Nak cerahkan muka balik guna produk2 kat SINI!
Harap lepas ni dapat join lagi family day keluarga dia.
Sayang korang semua. Cmuaah!

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, December 18, 2012

♥Mimpi diserang ular hitam♥

Putri nak tanya, korang pernah tak mimpi ular?
Putri setakat ni tak pernah lagi la..
Tapi pagi tadi ehem2 Putri cakap dia mimpi buruk.
Mimpi diserang ular hitam di dalam rumah.
Dia kata ular hitam tu keluar dari bilik meluru ke ruang tamu
di mana Putri dan dia sedang duduk di sofa.
Ular tu tak berhenti2 serang kami tapi kami dapat elak.

Agak2, apa ye maksud di sebalik mimpi ni?
Putri search kat internet pasal mimpi ular hitam ni dan
kesemuanya merujuk kepada petanda yang tidak baik.
Antara yang diperkatakan adalah:



Kita semua tahu mimpi adalah mainan tido.
Tapi ada sesetengah mimpi ianya betul petanda 
yang diberikan pada kita.
Apa-apa pun kita kenalah selalu berwaspada.
Perbanyakkan solat dan mengaji serta berzikir untuk
lindungi diri kita daripada anasir-anasir jahat.


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, November 26, 2012

♥DeMaM cAmPaK♥

Tiba-tiba Putri rasa nak update pasal DeMaM CaMpAk!
Korang dah pernah kena ke belum?
Putri kena masa kecil kot. Tak ingat. Tapi tinggal parut.
Sekarang bf kesayangan Putri terkena demam campak.
Kesian dia Putri tengok. Umur dah 25 tahun baru kena.
Mula-mula dia mengadu demam, lepas tu timbul gelembung air.
Makin lama makin banyak. Sekarang dah penuh 1 badan.

Tanda-tanda demam campak!

Putri kongsikan sedikit mengenai demam campak ye:
Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada seseorang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. 

Tanda-tanda kena demam campak adalah:
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi.
  • Batuk, selesema dan sakit tekak.
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
  • Sakit otot.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Cara mengubatinya:
1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.
2. Untuk mengelakkan gatal pada badan pula, gunalah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

 

3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).
4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.
5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.
6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.
7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.
8. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.
9. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.

Orang kata parut demam campak ini kekal!
Macam Putri ada parut kesan demam campak.
Tapi sekarang ada macam-macam produk
 untuk hilangkan parut. Klik SINI untuk ketahuinya.
Sekarang dah ada vaksin untuk demam campak. 
Jadi cegahlah sebelum kena!
Sumber:
1)  http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-campak
2) http://www.ciktom.com/petua-dan-pantang-larang-demam-campak-dan-cacar-air/
PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, November 21, 2012

♥Boleh cash out duit Nuffnang?♥

Yeah!! Tiba-tiba Putri rasa excited pula.
Putri hari-hari buka nuffnang nak check segala.
Tiba-tiba terpandang duit nuffnang Putri dah cukup
untuk dikeluarkan..  ^_^

Yelah dah 1 tahun 11 bulan Putri berblog,
baru hari ni jumlah tu cukup untuk di 'cash out' kan.
Hahahahaaa... Lamakan Putri tunggu!
Nampak sangat Putri blogger tak tegar dan tak famous!


Sekarang Putri nak tunggu tuk dapat duit tu.
Korang semua dah merasa ke cash out duit nuffnang?
Putri je slow sikit nak dapatkannya.

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, October 24, 2012

♥Makan FREE Burger Kukus Lava♥

Sekarang ni dah ramai gerai yang jual burger bakarkan?
Putri pun menjadi salah sorang nak merasa keenakkannya.
First time Putri cuba di Ampang. Boleh tahanlah..
Lepaslah kempunan Putri selama ni. Hee Hee..

Baru-baru ni Putri pergi makan Burger Kukus Lava
di area rumah Putri sempena birthday kawan Putri.
Kalau korang nak tahu, mereka tengah buat promosi
sesiapa datang masa hari birthday akan dapat 2 burger FREE!
Menarikkan kawan2? Korang mesti teruja dengarnya!

Semasa birthday kawan@housemate Putri. Cik Eita!
Ada macam2 menu yang menarik boleh korang rasa.
Kalau korang nak cuba bolehlah berkunjung ke
MAN BURGER KUKUS LAVA!


KLIK gambar untuk maklumat lanjut!

Tempatnya di: 
Tok Yem's Street Mall Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, 
GPS : 3.194799, 101.591054
FB: MAN Burger Kukus LAVA


P/s: Kalau inginkan wajah cantik menawan, Putri kongsikan rahsianya dengan korang. KLIK SINI!

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, October 9, 2012

♥JERAWAT! Oh tidak!♥

Ramai antara kita yang pernah mengalami masalah jerawatkan?
Putri pun pernah rasainya. Tapi alhamdulillah tidak teruk sangat.
Golongan remaja yang paling ramai mengalami masalah ini.
Kalau tangan kita gatal dok picit2 maka tinggallah parut.

Putri nak tolong korang selesaikan masalah tersebut.
Ramai yang mencuba termasuk Putri serta rakan dan keluarga.
Alhamdulillah ianya berkesan dalam merawat masalah jerawat.
Nak tahu tak produk apa yang Putri guna?
Putri serta keluarga amalkan makan virgin coconut oil!
Ayah Putri dulu muka merah sebab kegatalan, tapi sekarang
alhamdulillah dah semakin berkurangan.

Sekarang ni ada promosi tau! Jom lihat bawah ni


Kalau korang berminat bolehlah hubungi no. tertera.
Putri cuma kongsikan produk yang berkesan 
setelah Putri sendiri mencubanya. 
Terpulang kepada korang sama ada
ingin memilikinya ataupun tidak.
BELUM CUBA BELUM TAHUKAN?


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, October 3, 2012

♥Lingkaran besar keliling matahari♥

2 Oktober 2012 matahari dikelilingi satu lingkaran yang besar!
APAKAH SEBENARNYA YANG BERLAKU???

Credit pic to Berita Harian!
Korang ada lihat tak kejadian ini?
Putri sempat lihat semalam di office Putri.
Rakan2 sekerja kecoh2 suruh tengok matahari.
Sifat ingin tahu tu yang buat Putri pergi tengok dan
nampaklah satu lingkaran di keliling matahari.
Hati tertanya2 apakah sebenarnya yang berlaku?

Putri pun google lah nak tau punya pasal.
Barulah Putri tau rupa-rupanya kejadian Halo Matahari!
Halo adalah fenomena semula jadi berupa lingkaran cahaya 
di sekitar matahari atau bulan yang muncul disebabkan 
kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada 
ketinggian 5 hingga 10km di lapisan atas troposfera!

Gambar yang di ambil oleh boss Putri!

Korang pun boleh buka YOUTUBE untuk lihat fenomena ini!
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh google sendiri yer!
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, September 29, 2012

♥Kerja sambil enjoy!♥

Sekarang Putri selalu ikut ehem2 buat kerja dan
dalam masa yang sama jadi kerja partime Putrilah.
Dapatlah sedikit income dan juga berjumpa artis2..
Hahahahaaa.. Inilah dikatakan kerja sambil enjoy!

Baru2 ini Putri tolong ehem2 dan kawan2 dia untuk 
event di Melaka pada 23/9/12 kat Stadium Hang Jebat.
Punyalah panas terik kat sana. Nasib baik tak hitam lagi.
Event tu adalah untuk hari keluarga untuk warga Perodua!

Event kat Melaka
 Korang kenal tak siapa sebelah Putri tu?

Mesti ambil kesempatan!
Putri jumpa Aweera dan Iqwal kat Tasik Titiwangsa
masa nak jumpa Iqwal untuk setelkan kerja.
Artis lain yang Putri jumpa adalah Khai, Rosma,
Fatin bintang RTM dan Mi Raja Lawak, tapi takda gambar.

Lepas ni ada event di JB, Ipoh dan Putrajaya!
Jika diberi kesempatan, Putri akan join semua event tersebut.

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, September 3, 2012

♥Susah ke menghargai cinta diberi?♥

Mesti ramai yang pernah merasai dicintai atau mencintaikan?
Samalah juga dengan diri Putri sendiri..
Kenapa ye terdapat segelintir manusia yang 
tak tahu hargai cinta yang diberi?
Dengan senang cinta itu didusta, dipermainkan..
Kalau tak cinta lepaskanlah cara baik..
Janganlah mempermainkan hati perasaan seseorang..
Apa dosa yang dilakukan sampai begitu layanan diberi?
Insaflah.. sebelum Allah kata kamu akan terima nasib
 yang sama seperti yang kau lakukan kepada yang lain..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Friday, August 24, 2012

♥Happy birthday to me♥

Tanggal 22 Ogos genaplah usia daku yang ke ..
Sambut birthday time raya pada tahun nie..
Mekacih pada yang ingat birthday ku ini..
Mekacih juga pada family dan cousin..


Dapat pizza hut dan kek yang sedap..
Mak ayah belanje cermin mata baru..
Si dia menghiburkan hatiku walaupun lewat sehari..
Happy sangat..
(^_^)


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Sunday, August 19, 2012

♥Selamat Hari Raya Aidilfitri♥

Putri nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri
kepada semua rakan2 yang mengenali Putri..
Minta maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan Putri..
Semoga bergembira menyambut hari raya 
bersama keluarga dan sanak saudara.

Putri wat ketupat.. Heee
Duit raya yang bakal Putri berikan...

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, July 21, 2012

♥Homemade Chocolate Delicious♥

Salam semua rakan-rakan sekalian.
Ni Putri nak tunjukkan hasil kerja Putri di rumah..
Homemade Chocolate by Putri ilyanie..



Ok tak kawan-kawan? 
Putri baru berjinat2 dalam dunia coklat.
Kalau ada sesiapa sudi nak tempah bolehla 
tempah dengan Putri ye. Nanti Putri upload katalog.

Jika nak tempah boleh call Putri di 017-6414708. ^_^

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Friday, July 20, 2012

♥Salam Ramadhan 2012♥

Salam ramadhan dan selamat berpuasa bagi semua umat Islam.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan
dapat melaksanakan ibadah secukupnya di bulan mulia ini.
Jangan lupa niat puasa ye kawan-kawan..


Start malam ini kita sudah boleh menunaikan solat terawih.
Bagi mereka yang ingin mengetahui cara2 solat terawih,
boleh KLIK gambar di bawah ini..


Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Sunday, July 15, 2012

♥Apa pendapat anda: Wanita lamar lelaki♥

Apa pendapat korang pasal kes ini?
Cuba kongsi pandangan korang dengan Putri.
Nak tau juga pandangan dari lelaki yang dipinang,
dan pandangan dari wanita yang meminang.


Adakah Putri dan korang pun tergolong dalam 
golongan yang akan melamar lelaki?
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, July 4, 2012

♥Nisfu Syaaban♥

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1)      Memperbanyakkan puasa sunat
2)      Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
3)      Bertaubat

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
2. Penukaran Arah Kiblat
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Putri cuma meyampaikan dan berkongsi dengan korang. Jika ada tersalah info bagitau Putri ye. 
Rujukan: iluvislam.com

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, July 3, 2012

♥Bila mak tanya: Bila nak kahwin?♥

Korang pernah tak mengalami situasi ini?
Si ibu bertanya: "Bila nak kahwin?"
Apa perasaan korang masa tu?
Cuba kongsi sikit dengan Putri..

Baru2 ni mak Putri tanya Putri soalan itu.
Terkejut Putri. Terdiam tiba2. Huhuuu..
Tak sangka akan keluar soalan tu seawal ini.
Putri cakaplah muda lagi. Nanti2lah.
Mak Putri cakap muda apa, dulu mak pun kahwin awal.
Bila Putri kata paling lewat umur 27 tahun, mak kata lewat.

Dalam hati Putri nak je cakap dengan mak:
"Mak, bukan org tak nak kahwin, tapi takda calon lagi. 
Masih single lagi. Kalau ada calon org kahwinlah. 
Dah tak laku ke,lewat sangat ke kalau tak kahwin sekarang. 
Tengoklah kalau ada jodoh dengan sapa2.  -_- "

Putri kumpul je duit dari sekarang.
 Kalau ada sapa2 masuk minang Putri terima je. 
Orang kata bercinta lepas kahwin baru lebih seronok 
dari sebelum kahwin kan.
Putri harap boleh dapat pasangan hidup yang ikhlas 
cintakan Putri dan sanggup terima Putri seadanya.
(^_^)


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, June 16, 2012

♥PET WORLD MALAYSIA 2012♥


Hari minggu ni jom isikan masa terluang ke 
PET WORLD MALAYSIA 2012!!
Bagi penggemar haiwan pasti tak kan lepaskan peluang ini.
Putri dah pergi dah hari pertama ianya berlangsung.
Mekacih kepada ehem2 sebab bawa Putri ke sana.
Macam2 jenis haiwan dan makanan haiwan ada di situ.

Ianya berlangsung dari 15-17 Jun 2012..
Tempatnya di Exhibition Centre Mid Valley.
Bermula jam 10.00 a.m hingga 9.00 p.m.
Bayaran masuk: Dewasa RM5 manakala Kanak2 RM2.


Background belakang sama kaler baju Putri.
Itu yang nak bergambar kat sini. Heee...


Tahu tak harga kucing Bengal ni berapa?
RM8000.00 tau! Terkejut Putri dengar.
Kucing ni asyik nak pegang tangan Putri je.


Ini antara haiwan2 lain yang ada di sana.
Apa lagi, jangan lepaskan peluang yang ada.
Hari ni banyak aktiviti untuk anjing, esok pula kucing.
Putri mungkin pergi lagi pada esok hari.
(^_^)



PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, May 21, 2012

♥Doa Bulan Rejab♥


Malam ini (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari malam ini. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, April 21, 2012

♥Resepi Cik Putri: Cek Mek Molek♥

Salam semua.. Semoga ceria sentiasa..
Hari ni Putri nak share resepi kuih Cek Mek Molek..
Korang semua pernah makan tak kuih ni?
Atau ada yang tak tahu langsung pasal kuih ni..
Cek Mek Molek ni salah satu kuih kegemaran Putri..


Bahan-bahannya:
4 biji ubi keledek
Tepung gandum
Gula

Cara penyediannya:
Kupas kulit ubi keledek kemudian rebus sehingga lembut.
Lenyekkan ubi keledek tadi hingga betul-betul lumat.
(lenyek sewaktu tengah panas-panas lagi)
Campurkan dengan tepung gandum sedikit demi sedikit,
uli sehingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola.
Leperkan doh di tangan dan letakkan sedikit gula di tengah.
Kemudian, bentukkan ia menjadi bujur. Akhir sekali, 
bolehlah digoreng dalam kuali berisikan minyak panas.


Korang2 cubalah buat. Kalau menjadi bagitau Putri ye..
Thanks to Lieza yang sudi ajar Putri buat kuih ni..

P/s: Jom cuba VCO sebagai makanan tambahan untuk kesihatan kita juga!! Klik SINI segera untuk dapatkan VCO (virgin coconut oil). Putri dah cuba, anda bila lagi?? ^_^

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, April 14, 2012

Jom makan VCO macam Putri!!

Salam semua..
Hari ni nak promot makanan tambahan Putri..
Manalah tau ada sapa2 berminat ke untuk mencuba..
Korang pernah dengar pasal "Virgin Coconut Oil" tak?

Antara produk VCO yang Putri cuba!! ^_^
VCO ni banyak kebaikannya..
Korang boleh cari je kat Google tentang kebaikan VCO..
Antara kebaikan VCO ni adalah:

KECANTIKAN LUARAN
  • membantu megurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
  • menghasilkan tenaga segera
  • jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk megurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dematitis
  • melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

KESIHATAN DALAMAN
  • meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin2 dan asid amino
  • melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • mengurangkan stress pada pankreas dan sistem2 enzim dlm tubuh
  • meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium utk tulang dan gigi yg kuat. ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
  • mencegah risiko sakit jantung
  • mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi

MENINGKATKAN DAYA TUBUH BADAN
  • membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
  • berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
  • melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
  • meredakan gejala2 yg dihubungkan dgn pembesaran prostate
  • mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yg lebih rendah berbanding lemak2 yg lain

MEMBUNUH VIRUS, BAKTERIA & KULAT
  • membunuh virus yg menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis c, cacar air & herpes
  • membunuh bakteria yg menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis & gonorrhea
  • membunuh kulat yg menyebabkan candida, jock itch, kadas & infeksi yg lain
  • membunuh cacing pita, lice, giarda & parasit

Baguskan virgin coconut oil nie??
Kalau nak cuba bolehlah beli kat sini
Jangan malu jangan segan untuk mencubanya!!
(^_^)

P/s: Boleh juga ke SINI untuk lihat testimoni pengguna2 VCO!!

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, March 14, 2012

Akhirnya kita bertemu

Salam semua.. Dah lama Putri tak update blog nie. Kecian blog nie dah bersawang dah. Putri nak kongsi satu cerita dengan korang. Setelah sekian lama hanya berkenalan di alam maya (guna internetla), akhirnya kami berdua bertemu jua.. Sudah ditakdirkanlah katakan. Putri bertemu apa ya? Bertemu jodoh ke?? Hahahahaaa...

Sebenarnya baru2 ni Putri bertemu dengan seorang blogger yang juga follower setia blog Putri.. Nak tahu sapa tak?? Beliau adalah Mama Aini pemilik blog Mama Nor Lara.. Putri jumpa mama semasa majlis pernikahan anak kesayangannya iaitu Cik Nunu dengan JMR.. Mereka berdua pun seorang blogger juga..

Bagi Putri, Mama seorang yang peramah, layan Putri dengan baik sekali.. Tak sia-sia Putri datang jauh2, siap sesat2 lagi.. Hampir bergaduhlah dengan kawan Putri yang menjadi driver Putri masa tu..
Insya Allah nanti jumpa lagi ye mama.. 

JMR, Cik Nunu, Putri dan Mama Aini
Miss you (^_^)

Psst: Mama.. Putri ambil gambar dari blog mama ye.. heee... aritu takda gambar kat kamera Putri..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

create your own banner at mybannermaker.com! Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...