Wednesday, July 4, 2012

♥Nisfu Syaaban♥

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1)      Memperbanyakkan puasa sunat
2)      Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
3)      Bertaubat

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
2. Penukaran Arah Kiblat
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Putri cuma meyampaikan dan berkongsi dengan korang. Jika ada tersalah info bagitau Putri ye. 
Rujukan: iluvislam.com

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

1 orang doa Putri cepat kahwin!!:

mama aini said...

assalam..thanks berkongsi info..

create your own banner at mybannermaker.com! Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...