Tuesday, June 28, 2011

♥Bisnes Putri: De Qestina Perfumes♥

Hai semua..
Putri sekarang tengah berjinak2 untuk membuat bisnes..
Nie Putri nak promote la sikit barang yang Putri jual..
Korang meh tengok yer..
Kalau berminat boleh la beli..

Kalau korang nak perfume yang murah, menarik, wangi, tiada alkohol dan mudah dibawa ke mana sahaja, 
Cik Putri ada jawapannya..
Jom tengok sini...

De Qestina Perfumes ..
Harga yang murah..
Hanya RM25 sekotak..
Terdapat 3 botol berlainan bau dalam satu kotak..
Terdapat dua kotak untuk lelaki dan dua kotak untuk wanita..

Untuk lelaki:
Kotak hitam
1. Perfume oil inspired by Desire, Alfred Dunhill
2. Perfume oil inspired by Eternity, Calvin Klein
3. Perfume oil inspired by Polo Black, Ralph Lauren

Kotak hijau
1. Perfume oil inspired by Desire Blue, Alfred Dunhill
2. Perfume oil inspired by Acqua Dio Gio, Giorgio Armani
3. Perfume oil inspired by Extreme, Bulgari


Untuk wanita:
Kotak pink
1. Perfume oil inspired by Amor Amor,Cacharel
2. Perfume oil inspired by Ralph, Ralph Lauren
3. Perfume oil inspired by Paris Hilton, Paris Hilton

Kotak ungu
1. Perfume oil inspired by Flower, Kenzo
2. Perfume oil inspired by Miracle, Lancome
3. Perfume oil inspired by Hugo, Hugo Boss

Kalau korang berminat nak membelinya, jangan malu jangan segan call Cik Putri yer..
Doakan bisnes Cik Putri berjaya..

..Free penghantaran untuk order 2 kotak ke atas..

Psst: Ni no fon Putri.. 017-6414708

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Sunday, June 19, 2011

♥Happy Father's Day♥

Hai semua..
Semua orang sibuk mengucapkan Happy Father's day kepada bapa masing2..
Aku pun tak nak terlepas juga..
Cik Putri nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah Putri iaitu En Sidek..
Semoga ayah sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki serta diberkati hidup dunia dan akhirat..
Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik dan sentiasa sabar dengan karenah anakmu yang nakal dan degil ini..
Tak lupa juga Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa2 di dunia ini yer..
Jadilah bapa yang terbaik untuk anak2 anda...


Nie gambar mak dan ayah cik Putri..
Cantik dan hensemkan..
Heheheheee..


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥The Best Follower Award♥

Ye.. Ye.. Ada award..
Aku dapat award ke??
Oh tidak sama sekali.. Tak layak kot..
Sedih2 hatiku ini..
Sudah2, tak mau sedih2..
Aku sebenarnya nak bagi award kepada follower aku yang bertuah nie..
Tiba2 aku baik hati nak bagi award..

Dengan bangganya aku ingin menyerahkan 
"The Best Follower Award" 
kepada follower aku yang bernama Mama Aini,
 pemilik blog MaMa Nor LaRa


Diharapkan mama sudi menerima award dari Putri yang tak seberapa nie.. Maaflah, Putri tak pandai design award cantik2.. Bolehlah ni kan..

Sebab-sebab Putri memberi award ini kepada mama kerana mama follower blog Putri yang paling setia.. Mama selalu mengikuti perkembangan blog Putri, komen segala entry Putri dan kadang kala memberi nasihat kepada Putri.. Blog Putri pun ada dalam bloglist di blog mama.. Terharu rasanya..
 Follower macam inilah yang Putri cari.. Bukan sekadar meletakkan nama di kotak "Follow" di blog Putri tetapi tidak mengikuti perkembangan di blog ini..


Walaupun blog Putri ini tidak seberapa.. Hanyalah coretan biasa mengenai kehidupan harian Putri, tetapi ada juga orang yang follow blog ini.. Terima kasih banyak2.. Terima kasih kepada semua follower2 blog Putri kerana sudi follow blog yang tidak seberapa ini..
Rajin2lah datang singgah ke sini selalu yer..
Ok setakat ini sahaja untuk entry ini..
Bai.. Bai.. Bai..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Friday, June 17, 2011

♥Alaa..Nora Elena dah habis♥

Aku percaya ramai yang menonton cerita Nora Elena kat TV3 kan.. Mesti ramai yang perempuan macam aku ni tergila2kan Seth Tan.. Yang lelaki pula mestilah tergila2kan Nora Elena..
Betul tak kawan2? Heee..
Semalam tamat segalanya kisah Nora Elena..
Terungkai segala persoalan yang bermain di fikiran penonton..
Bagi aku cerita tu sangat best..
Teringinla nak ada suami macam Seth Tan.. Heee..
Rasa nak cepat2 kahwin pun ada..
Walaupun Seth Tan dulu membuat kesalahan besar dalam hidup(merogol), tapi sekurang2nya dia nak bertanggungjawab, berusaha mencari balik dan berkahwin dengan Nora Elena(mangsa rogol). Dia pun sentiasa bersabar dalam tempoh perkahwinan dia dengan Nora dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kemaafan dari Nora. Berkat kesabaran dia dan terbukanya hati Nora untuk memaafkan, akhirnya mereka hidup aman bahagia..

Bukan macam sesetengah lelaki kat luar sana, dah la merogol anak orang, tak nak bertanggungjawab malah ada yang sanggup membunuh selepas merogol.. 
Insaflah wahai manusia..
Watak Yvonne dalam cerita ni berjaya membuat ramai penonton sakit hati, bengang dan benci dengan dia.. Gila Yvonne tu.. Berusaha nak mendapatkan apa yang dia suka(cinta hatinya-Seth Tan) walaupun dengan cara yang salah.. Sampai gila dia jadinya.. Kasihan.. Terlalu taksub cintakan Seth Tan tu..
Oleh itu, kita kena sedar, jangan terlalu taksub cintakan seseorang itu tau.. 
Terima takdir yang Allah dah tentukan seadanya.. 
Redha sajela..

Cerita ni menarik dan mempunyai banyak mesej yang berguna untuk kita semua.. Ingat tau semua...
"Semua orang yang melakukan kesalahan berhak mendapat peluang kedua"
Ok sampai sini saje nak berceloteh pasal entry ini..
Rindu dengan Seth Tan.. Huhuhuuuu..



PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Sunday, June 12, 2011

♥Enjoy di Teluk Batik♥

Aku melakukan kerja giler hari nie..
Sakit tak sembuh sepenuhnya dah boleh pergi enjoy sakan..
Tapi jangan risau, ubat aku dah sediakan siap2 kat tepi..
Aku pergi dengan kawan2 aku 4 orang menaiki 2 motor..
Meh tengok gambar2 kami, malas nak cerita panjang2..

Baru sampai...


Duyung2 tersadar di tepi pantai..
Terserlah keceriaanku..


Naik banana boat.. best..
Masa untuk pulang...

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Pesanan Buat Kekasih♥

Mahu tujukan lagu nie kepada si dia..
Harap dia memahami luahan hati aku melalui lagu nie..
Inilah cara aku meluahkan perasaan aku dengan melalui lagu..



Sorry video lagu nie ada calar cikit tu ada yang pelik sikit tu.
Ini je yang jumpa..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Thursday, June 9, 2011

♥HAH!! Suhu Badan 40.5ºC♥

Siapa tahu berapakah suhu badan kita yang sepatutnya??
Pernah tak korang amik tahu?? Ke buat tak tahu jer..
Nak tahu tak jawapannya?? Pikirlah sendiri yer..
Kepada yang tahu tahniah sebab anda mengambil berat tentang kesihatan anda..
Kepada yang tak tahu, tahu2 lah segera yer..

Sebenarnya dah 3 hari aku rasa tak sihat..
Rasa nak demam jer.. Sakit tekak mula2 sekali..
Hari kedua rasa lemah, badan rasa panas..
Dua hari masih pergi kerja..
Hari pertama kul 12 tidur di 'resort' yang indah..
Panas 1 badan.. Berpeluh2 1 badan..
Tapi lepas makan panadol rasa badan dah ok sikit..
Hari kedua, semuanya berjalan lancar sehinggalah suatu ketika itu..
Pukul 4 tak silap aku. badan aku mula menggigil..
Nak kata sejuk sangat tidak..
Tapi menggigil yang teramat sangat..
Badan pulak rasa panas lain macam..
Memang tak boleh tahan..
Nak menangis pun ada, takut jadi macam dulu..
Family so far far away..
Nasib baik hari tu aku tak bawa motor..
Tumpang kawan sebab aku dah tahu mesti akan sakit balik..

Balik keje terus pergi klinik area rumah aku duduk nie..
Klinik Zarina namanya.. Doktor perempuanlah..
Payah nak cari doktor perempuan kat KL.. 
Kat sini senang pulak..
Lepas dah daftarkan diri, aku masuk jumpa doktor..
Tapi lepas nurse panggillah.. Bukan masuk terus..

This is Klinik Zarina's card.. heee
Saksikan perbualan aku dengan doktor..
Doktor: Assalamualaikum..
Aku: W'salam..
Doktor: Sakit apa yer?
Aku: Demam kot. Badan panas je. Menggigil2 tadi..
Doktor: Dah lama ke demam?
Aku: Dah 3 hari rasa tak sihat. Semalam teruk jugak. Hari ni lagi teruk sampai menggigil..
Doktor: Saya cek suhu awak ok..
Aku: Okay..
Doktor: Tinggi sangat suhu badan awak ni. Habis dah line kat termometer saya ni. 40.5ºC(dengan nada terkejut). 
Aku: Hah!! (Dalam hati.. tinggi giler.. takutnya dengar.. dulu pun 39ºC paling tinggi pernah aku kena)
Doktor: Suhu badan kita yang biasa pun 37ºC. Awak punya suhu nie tinggi sangat.. Tekak awak pun teruk. Macam bernanah.
Aku: Ohh.. (Takutnya)
Doktor: Saya bagi awak ubat yang kuatla untuk cepat sembuh. Antibiotic. Ke awak nak cucuk?
Aku: Cucuk? Urm.. Sakit tak?
Doktor: Serius saya cakap, sakit sangat. Ubat dia kuat.
Aku: Oh. Kalau sakit tak nak la, saya makan ubat aje..
Doktor: Ok, awak makan ubat, kalau tak ok jugak awak datang balik cucuk tau..
Aku: Okay.. Mekacih doktor.

Balik tu aku terlantar je atas katil. Aku dapat MC esoknya..
Tak dapat nak join rombongan dengan kawan2 kerja..
Takpelah, yang penting kesihatan perlu sembuh dulu..
Tapi esoknya still tak elok lagi..
Last2 aku amik keputusan untuk cucuk je..
Tak sakit pun.. Tipu je doktor ni..
Buat suspen aje..

Alhamdulillah panas badan dah kurang, cuma tekak dan lidah tak okay lagi..
Lemah la juga, kadang2 rasa macam nak tumbang pun ada..
Tapi kalau boleh aku tak nak mengalahlah..
Nak cuba lawan sakit aku nie..
Sebelum nie dapat lawan sakit2 yang teruk, sekarang pun mesti boleh..
Hope akan cepat sembuh..
Tuhan nak uji aku nie.. Sabar yer..
Kawan2.. Doakan aku cepat sembuh yer..

Putih gilakan lidah aku nie.. Jangan takut plak tengok..
Ubat2an

Nie air garam perisa oren sikit.. Untuk ganti air2 dalam badan yang tak
cukup tu dan sembuhkan apa yang patut..

Berjaya kenakan Kak Mai untuk minum air ni.. Heheheeee.. 'Sodap sangat'.. 
Thanks tu kawan2 aku Izzah, Shidah dan Ita sebab menjaga aku masa aku sakit teruk..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, June 4, 2011

♥Dia untukku! Bukan milikku!♥

Dia untukku..
Bukan... Bukan...
Dia bukan milikku..
Oh Tuhan..
Adakah dia untukku??
Atau dia bukan milikku??
Hmmm...
Hanya Allah yang tahu semua jawapan yang bermain di fikiran aku sekarang..
Terlalu takut untuk mengharap sesuatu yang tak pasti..
Mungkin sudah kerap kali dikecewakan..
Ya Allah..
Jika dia untukku, tunjukkanlah petunjuknya..
Jika dia bukan milikku, jauhkanlah dia dariku..
Aku tak mahu kecewa lagi dan akan sentiasa menanti kebahagiaan datang dalam hidup ini..

Hahahaaa.. tiba2 nak luahkan perasaan..
Jom layan lagu nie..
Heheheeee...


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...