Thursday, June 9, 2011

♥HAH!! Suhu Badan 40.5ºC♥

Siapa tahu berapakah suhu badan kita yang sepatutnya??
Pernah tak korang amik tahu?? Ke buat tak tahu jer..
Nak tahu tak jawapannya?? Pikirlah sendiri yer..
Kepada yang tahu tahniah sebab anda mengambil berat tentang kesihatan anda..
Kepada yang tak tahu, tahu2 lah segera yer..

Sebenarnya dah 3 hari aku rasa tak sihat..
Rasa nak demam jer.. Sakit tekak mula2 sekali..
Hari kedua rasa lemah, badan rasa panas..
Dua hari masih pergi kerja..
Hari pertama kul 12 tidur di 'resort' yang indah..
Panas 1 badan.. Berpeluh2 1 badan..
Tapi lepas makan panadol rasa badan dah ok sikit..
Hari kedua, semuanya berjalan lancar sehinggalah suatu ketika itu..
Pukul 4 tak silap aku. badan aku mula menggigil..
Nak kata sejuk sangat tidak..
Tapi menggigil yang teramat sangat..
Badan pulak rasa panas lain macam..
Memang tak boleh tahan..
Nak menangis pun ada, takut jadi macam dulu..
Family so far far away..
Nasib baik hari tu aku tak bawa motor..
Tumpang kawan sebab aku dah tahu mesti akan sakit balik..

Balik keje terus pergi klinik area rumah aku duduk nie..
Klinik Zarina namanya.. Doktor perempuanlah..
Payah nak cari doktor perempuan kat KL.. 
Kat sini senang pulak..
Lepas dah daftarkan diri, aku masuk jumpa doktor..
Tapi lepas nurse panggillah.. Bukan masuk terus..

This is Klinik Zarina's card.. heee
Saksikan perbualan aku dengan doktor..
Doktor: Assalamualaikum..
Aku: W'salam..
Doktor: Sakit apa yer?
Aku: Demam kot. Badan panas je. Menggigil2 tadi..
Doktor: Dah lama ke demam?
Aku: Dah 3 hari rasa tak sihat. Semalam teruk jugak. Hari ni lagi teruk sampai menggigil..
Doktor: Saya cek suhu awak ok..
Aku: Okay..
Doktor: Tinggi sangat suhu badan awak ni. Habis dah line kat termometer saya ni. 40.5ºC(dengan nada terkejut). 
Aku: Hah!! (Dalam hati.. tinggi giler.. takutnya dengar.. dulu pun 39ºC paling tinggi pernah aku kena)
Doktor: Suhu badan kita yang biasa pun 37ºC. Awak punya suhu nie tinggi sangat.. Tekak awak pun teruk. Macam bernanah.
Aku: Ohh.. (Takutnya)
Doktor: Saya bagi awak ubat yang kuatla untuk cepat sembuh. Antibiotic. Ke awak nak cucuk?
Aku: Cucuk? Urm.. Sakit tak?
Doktor: Serius saya cakap, sakit sangat. Ubat dia kuat.
Aku: Oh. Kalau sakit tak nak la, saya makan ubat aje..
Doktor: Ok, awak makan ubat, kalau tak ok jugak awak datang balik cucuk tau..
Aku: Okay.. Mekacih doktor.

Balik tu aku terlantar je atas katil. Aku dapat MC esoknya..
Tak dapat nak join rombongan dengan kawan2 kerja..
Takpelah, yang penting kesihatan perlu sembuh dulu..
Tapi esoknya still tak elok lagi..
Last2 aku amik keputusan untuk cucuk je..
Tak sakit pun.. Tipu je doktor ni..
Buat suspen aje..

Alhamdulillah panas badan dah kurang, cuma tekak dan lidah tak okay lagi..
Lemah la juga, kadang2 rasa macam nak tumbang pun ada..
Tapi kalau boleh aku tak nak mengalahlah..
Nak cuba lawan sakit aku nie..
Sebelum nie dapat lawan sakit2 yang teruk, sekarang pun mesti boleh..
Hope akan cepat sembuh..
Tuhan nak uji aku nie.. Sabar yer..
Kawan2.. Doakan aku cepat sembuh yer..

Putih gilakan lidah aku nie.. Jangan takut plak tengok..
Ubat2an

Nie air garam perisa oren sikit.. Untuk ganti air2 dalam badan yang tak
cukup tu dan sembuhkan apa yang patut..

Berjaya kenakan Kak Mai untuk minum air ni.. Heheheeee.. 'Sodap sangat'.. 
Thanks tu kawan2 aku Izzah, Shidah dan Ita sebab menjaga aku masa aku sakit teruk..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

4 orang doa Putri cepat kahwin!!:

MaMa AiNi said...

sori putri..mama bz sangat2 skrg ni..baru sampai kat rumah ni..mama harap putri akan cepat sembuh ek..bahaya demam kalau tak pergi klinik..jaga diri n jgn lupa makan ubat ya..

Anis Suzanna Maravilla said...

semoga cepat sembuh putri....jgn miss makan ubat walaupun dh sembuh nanti. Makan sampai habis ubat seperti antibiotik tuh. take care dear.

zuhaida said...

uikss . serius suhu 45 darjah ? tak pernah pulak dengar kes gitu . panas gila . huu , semoga cepat sembuh :)

alif haris said...

uish panas tu ~ huhu .. btw semoga cpt smbuh ya .. mkn ubat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...