Monday, November 26, 2012

♥DeMaM cAmPaK♥

Tiba-tiba Putri rasa nak update pasal DeMaM CaMpAk!
Korang dah pernah kena ke belum?
Putri kena masa kecil kot. Tak ingat. Tapi tinggal parut.
Sekarang bf kesayangan Putri terkena demam campak.
Kesian dia Putri tengok. Umur dah 25 tahun baru kena.
Mula-mula dia mengadu demam, lepas tu timbul gelembung air.
Makin lama makin banyak. Sekarang dah penuh 1 badan.

Tanda-tanda demam campak!

Putri kongsikan sedikit mengenai demam campak ye:
Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada seseorang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. 

Tanda-tanda kena demam campak adalah:
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi.
  • Batuk, selesema dan sakit tekak.
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
  • Sakit otot.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Cara mengubatinya:
1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.
2. Untuk mengelakkan gatal pada badan pula, gunalah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

 

3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).
4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.
5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.
6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.
7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.
8. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.
9. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.

Orang kata parut demam campak ini kekal!
Macam Putri ada parut kesan demam campak.
Tapi sekarang ada macam-macam produk
 untuk hilangkan parut. Klik SINI untuk ketahuinya.
Sekarang dah ada vaksin untuk demam campak. 
Jadi cegahlah sebelum kena!
Sumber:
1)  http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-campak
2) http://www.ciktom.com/petua-dan-pantang-larang-demam-campak-dan-cacar-air/
PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

6 orang doa Putri cepat kahwin!!:

syiela said...

perit betul kalau kena campak ni

mama aini said...

ehem masa kecil dulu mama dah kena..serba tak kena dibuatnya..thanks share info ni..maaf ya dear lambat lawat putri..blog bermasalah byk gambar hilang & terpaksa dibuang..maklumlah mama ni buta IT sikit.. :(

Kasih Salina said...

salam kenal putri..akak pernah kena masa form 1..malu kan sebab ada parut2 hitam tu..akak follow sini juga yer..follower ke:481

neesa_jun said...

waaa...seksa gila kena demam campak ni..menangis x berlagu masa tu...hukhuk...alhamdulillah dah sembuh dah 8 tahun berlalu...

Anonymous said...

Demam campak lebih teruk untuk yang lebih usia, boleh menyebabkan maut.
Dah baik deman campak jaga-juga kedatangan Shingles, ia lebih merbahaya dan makan terlalu panjang untuk pulih.
http://asilomadifah.blogspot.sg/2010/06/apa-itu-shingles.html

Anonymous said...

kalau bintik merah kecik-II bnyak kat bdn, campak ke?

create your own banner at mybannermaker.com! Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...