Saturday, July 21, 2012

♥Homemade Chocolate Delicious♥

Salam semua rakan-rakan sekalian.
Ni Putri nak tunjukkan hasil kerja Putri di rumah..
Homemade Chocolate by Putri ilyanie..



Ok tak kawan-kawan? 
Putri baru berjinat2 dalam dunia coklat.
Kalau ada sesiapa sudi nak tempah bolehla 
tempah dengan Putri ye. Nanti Putri upload katalog.

Jika nak tempah boleh call Putri di 017-6414708. ^_^

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Friday, July 20, 2012

♥Salam Ramadhan 2012♥

Salam ramadhan dan selamat berpuasa bagi semua umat Islam.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan
dapat melaksanakan ibadah secukupnya di bulan mulia ini.
Jangan lupa niat puasa ye kawan-kawan..


Start malam ini kita sudah boleh menunaikan solat terawih.
Bagi mereka yang ingin mengetahui cara2 solat terawih,
boleh KLIK gambar di bawah ini..


Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Sunday, July 15, 2012

♥Apa pendapat anda: Wanita lamar lelaki♥

Apa pendapat korang pasal kes ini?
Cuba kongsi pandangan korang dengan Putri.
Nak tau juga pandangan dari lelaki yang dipinang,
dan pandangan dari wanita yang meminang.


Adakah Putri dan korang pun tergolong dalam 
golongan yang akan melamar lelaki?
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, July 4, 2012

♥Nisfu Syaaban♥

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1)      Memperbanyakkan puasa sunat
2)      Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
3)      Bertaubat

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
2. Penukaran Arah Kiblat
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Putri cuma meyampaikan dan berkongsi dengan korang. Jika ada tersalah info bagitau Putri ye. 
Rujukan: iluvislam.com

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, July 3, 2012

♥Bila mak tanya: Bila nak kahwin?♥

Korang pernah tak mengalami situasi ini?
Si ibu bertanya: "Bila nak kahwin?"
Apa perasaan korang masa tu?
Cuba kongsi sikit dengan Putri..

Baru2 ni mak Putri tanya Putri soalan itu.
Terkejut Putri. Terdiam tiba2. Huhuuu..
Tak sangka akan keluar soalan tu seawal ini.
Putri cakaplah muda lagi. Nanti2lah.
Mak Putri cakap muda apa, dulu mak pun kahwin awal.
Bila Putri kata paling lewat umur 27 tahun, mak kata lewat.

Dalam hati Putri nak je cakap dengan mak:
"Mak, bukan org tak nak kahwin, tapi takda calon lagi. 
Masih single lagi. Kalau ada calon org kahwinlah. 
Dah tak laku ke,lewat sangat ke kalau tak kahwin sekarang. 
Tengoklah kalau ada jodoh dengan sapa2.  -_- "

Putri kumpul je duit dari sekarang.
 Kalau ada sapa2 masuk minang Putri terima je. 
Orang kata bercinta lepas kahwin baru lebih seronok 
dari sebelum kahwin kan.
Putri harap boleh dapat pasangan hidup yang ikhlas 
cintakan Putri dan sanggup terima Putri seadanya.
(^_^)


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

create your own banner at mybannermaker.com! Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...