Monday, November 26, 2012

♥DeMaM cAmPaK♥

Tiba-tiba Putri rasa nak update pasal DeMaM CaMpAk!
Korang dah pernah kena ke belum?
Putri kena masa kecil kot. Tak ingat. Tapi tinggal parut.
Sekarang bf kesayangan Putri terkena demam campak.
Kesian dia Putri tengok. Umur dah 25 tahun baru kena.
Mula-mula dia mengadu demam, lepas tu timbul gelembung air.
Makin lama makin banyak. Sekarang dah penuh 1 badan.

Tanda-tanda demam campak!

Putri kongsikan sedikit mengenai demam campak ye:
Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada seseorang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. 

Tanda-tanda kena demam campak adalah:
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi.
  • Batuk, selesema dan sakit tekak.
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
  • Sakit otot.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Cara mengubatinya:
1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.
2. Untuk mengelakkan gatal pada badan pula, gunalah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

 

3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).
4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.
5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.
6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.
7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.
8. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.
9. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.

Orang kata parut demam campak ini kekal!
Macam Putri ada parut kesan demam campak.
Tapi sekarang ada macam-macam produk
 untuk hilangkan parut. Klik SINI untuk ketahuinya.
Sekarang dah ada vaksin untuk demam campak. 
Jadi cegahlah sebelum kena!
Sumber:
1)  http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-campak
2) http://www.ciktom.com/petua-dan-pantang-larang-demam-campak-dan-cacar-air/
PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, November 21, 2012

♥Boleh cash out duit Nuffnang?♥

Yeah!! Tiba-tiba Putri rasa excited pula.
Putri hari-hari buka nuffnang nak check segala.
Tiba-tiba terpandang duit nuffnang Putri dah cukup
untuk dikeluarkan..  ^_^

Yelah dah 1 tahun 11 bulan Putri berblog,
baru hari ni jumlah tu cukup untuk di 'cash out' kan.
Hahahahaaa... Lamakan Putri tunggu!
Nampak sangat Putri blogger tak tegar dan tak famous!


Sekarang Putri nak tunggu tuk dapat duit tu.
Korang semua dah merasa ke cash out duit nuffnang?
Putri je slow sikit nak dapatkannya.

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

create your own banner at mybannermaker.com! Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...