Wednesday, September 28, 2011

♥Wardah Alisya: Pencarian bermula!♥

KLIK banner untuk join!
Putri join segmen yang dianjurkan oleh blogger 
setelah di tag oleh blogger Santri..
Putri suka lihat blog Wardah Alisya.. 
Cantik.. Sejuk mata memandang..
Cik Wardah Alisya nie nak kumpul bloglist baru..
Sesiapa yang berminat nak join, jom la..

Psst: Berapa kali mau sebut nama Wardah Alisya laaa..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Memalaskan diri sampai gemuk♥

Inilah akibatnya jika anda seorang pemalas..

Comeikan kucing Putri ni.. Sayang comei..
(^_^)

Psst: Ada kena mengena tak gambar dengan tajuk entry?? heee...


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, September 27, 2011

♥1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku♥

Putri nak join segmen lagi setelah di tag oleh 
rakan Putri iaitu Cik Izzah..
Segmen nie dianjurkan oleh SANTRI..

Putri rasa segmen ini bermanfaat untuk Putri dan rakan2 blogger yang lain.. Tengok tajuk segmen mesti dah tau pasal apa kan? Putri tak nak ketinggalan untuk bercerita mengenai laptop kesayangan Putri nie.. Tanpa laptop nie, tak hidupla blog Putri.. Yelah, tak dapat update entry2 baru dan jenguk rakan2 blogger yang lain..

Mari berkenalan dengan my laptop yang diberi nama
..Mr B..


Sebenarnya sebelum nie Putri ada buat entry untuk Mr. B.. Mr. B ni model Acer Aspire 4738Z.. Ni adalah laptop ke 2 Putri.. Yang dulu punya jenama Acer jugak.. Bertahan selama 3 tahun.. Putri beli Mr. B ni awal tahun ni di Low Yat Plaza.. Harganya tak salah Putri RM1400.0.. Tapi Putri beli harga mahal cikit sebab tambah macam2.. Cuma terasa sedih bila mendengar yang sebenarnya harga dia lagi murah dari yang ditawarkan kepada Putri.. Jiran Putri kat kolej beli model ni tapi harga jauh lagi murah.. Tak apalah, bukan rezeki Putri.. Korang2 kalau nak beli laptop ke benda2 lain ke, survey2 dulu.. Setakat ni Putri guna memuaskan hati dari laptop lama.. Lebih ringan, window 7 ori punye.. Kalau laptop lama setiap bulan kena format, ada masalah.. Laptop ni Alhamdulillah tiada sebarang masalah..


Prosesor: Intel Pentium P6100 (2.0 GHz, L2 cache 3 MB)
Memori: 2 GB DDR3
Harddisk: 320 GB
VGA: Intel HD graphics
LCD: 14”
Resolusi LCD: 1366 x 768 piksel
Jumlah USB port: 3
HDMI port: ya
Wi-Fi, Bluetooth
Webcam: 1,3 MP
Card reader: 5-in-1
Optical Drive: DVD-RW
Kepada sesiapa yang nak join dialu-alukan..
Putri tag kepada semua rakan2 blogger Putri..
(^_^)


Psst: Putri letak banyak giler link dalam entry nie.. Pandai2la korang cari yer..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, September 24, 2011

♥Peringatan!! Sila berhati-hati♥

Ni Putri dapat dari facebook dan ingin kongsikan kepada korang semua terutama kepada kaum wanita..
Sila baca dengan teliti yer..

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama 
Wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua  
Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga 
Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan!
 Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! 
Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun 
anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam..
(^_^)


Psst: Nasib baik Putri ada motor je.. Tapi masih xselamat juga.. Huhuuuu..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Thursday, September 22, 2011

♥Mainan untuk si comel♥

Siapa kat sini suka haiwan macam Putri?
Putri sangat cintakan haiwan terutamanya kucing..
Baru2 ni Putri berkunjung ke 
Pets Wonderland di Mid Valley..
Penat menunggu kawan Putri tiba untuk ke MCTF'11,
Putri masuk ke tempat tu melihat2 haiwan yang ada..
Antara haiwan yang ada adalah kucing, burung dan ikan..
Tiba2 terasa hendak beli sesuatu untuk kucing2 Putri...
Nak belikan rantai leher, dah ada di rumah..
Rugi Putri beli sebabnya kucing2 Putri tak suka pakai..
Kalau ada loceng lagilah kucing2 tu takut..

Tengah jalan2, tiba2 terpandang sesuatu yang menarik 
minat Putri untuk membelinya..


Play-n-Scratch
Mainan untuk kucing2 anda..
Nampak menarik sebabnya Putri mencari sesuatu yang 
boleh kucing ni cakar2, asah kuku2 mereka..
Mak Putri mengadu kucing2 suka cakar sofa di rumah..
Habis sofa rumah kami koyak2..
Mula2 Putri call mak dulu tanya patut beli ke tidak..
Mak cakap kalau ada duit belilah..
Lepas jalan2 kat MCTF'11 dengan kawan,
Putri masuk balik ke tempat tu dan meminta 
pendapat kawan.. Kawan Putri cakap ok..
Putri cakap dengan kawan..
"Yelah, adik kecik takde, anak takde, 
beli mainan untuk kucing pun jadilah"..
Kawan Putri gelak je dengar kata2 Putri tu..


Putri bagi penerangan cikit ye mengenai mainan ni..
Harga yang Putri beli adalah RM36.00..
Terdapat tempat untuk main bola,
kotak di tengah2 untuk dicakar2..
Serbuk yang dibungkus di dalam plastik tu tujuannya 
untuk diletakkan di bawah kotak yang di tengah2 tu..
Tuan kedai cakap, serbuk tu sebagai penarik untuk 
kucing2 tertarik main kat mainan tu..
Terdapat juga tiang dengan bulu untuk digigit2..

Mula2 Putri risau juga kalau2 beli mahal2 tapi 
kucing2 Putri tak nak main..
Tapi, alhamdulillah mendapat respon yang agak baik..
Mari lihat keseronokan kucing2 Putri main 
mainan baru dalam video ini..


Kalau korang sayang kucing korang,
dan ingin melihat kucing korang gembira..
Bolehlah belikan mainan ini untuk kucing2 tersebut..
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, September 20, 2011

♥Takutnya.. Nak nangis♥

Huwaaa.. Takutnya.. 
TOLONG Putri!!
Hura-hara sungguh hidup hari ini..
First time berlaku kejadian macam ini..
Tula, bak kata 'kawan' Putri, tak rancang elok2..

Sempat lagi amik gambar!!
Kenapa muka Putri buruk semacam ni?
Nampak risau aje..
Motor sape pulak dalam gambar diatas tu?
Tersadai aje tepi jalan..
Kalau korang nak tau, itula motor Putri..
Kenapa tersadai macam tu?
Sebab tengah Putri seronok merempit 
dengan kelajuan 100km/j..
TIBA-TIBA......
"Eh.. awat motor ni tibe2 slow nie?
Nape tak boleh jalan dah nie?" kata hati Putri

 Rupa-rupanya minyak habis..
Putri terpaksa berhenti tepi jalan dan tolak motor 
ke tempat yang lebih selamat..
Rasa nak nangis pun ada masa tu..
Tak pernah terjadi macam ni sebelum ni..
Tula, sape suruh tak cek minyak dulu..
Terover excited nak pergi interview punya pasal,
lupa segalanya.. Huhuhuuuuuu..
Kadang2 meter minyak kat motor tu rosak, 
tu yang Putri abaikan aje..
Sebab rasanya baru isi minyak beberapa hari lepas..
Putri pun pulun call 'kawan' Putri minta tolong..
Dalam menunggu dia datang bawa minyak, 
Putri sempat mengambil gambar di situ..

Kepada kawan blogger sekalian, 
Putri nak nasihatkan janganla jadi macam Putri..
Sebelum bertolak ke mana2, 
cek dulu kenderaan anda..
Jangan disebabkan terlalu seronok, 
excited dengan sesuatu lupa segalanya..
(^_^)

Psst: Ini satu pengajaran buat Putri

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, September 19, 2011

♥Contest Blog Paling Colourful♥



Putri nak cepat2 taip entry pasal contest nie
 sebab nak pergi kerja.. Putri dah lambat..
Kalau korang nak join boleh KLIK banner tu yer..
Rules
2.Like my blog page
3.Must have a blog.At least one :P
4.Must a Malaysian.
5.Make an entri dengan tajuk Contest Blog Paling Colourful ,ambil banner kat atas sekali.
6.Bagi link entri korang dengan cara komen entri ni.
7.Tag 1 kawan yg korang kenal.
8.Korang diberi 40 hari untuk edit blog supaya nampak colourful.
9.Contest akan terbatal if kurang daripada 5 org yg join.
Sponsor
Macammana nak menang ?
Blog mestilah kemas,cantik dan colourful.
Colourful pula janganlah sampai sakit mata okai.
Colourful yg cantik lah :)
Contest berlangsung selama 40 hari iaitu pada 22 Aug sehingga 30 Sept.
Lebih daripada itu takkan diterima.
I sendiri akan pilih pemenang dan akan dinilai pada 1 Oct.

Blog Putri ni mungkin colourful kot..
Nak edit bagi cantik2, Putri tak reti..
Setakat ini je yang mampu Putri buat..
Heheheheee..
Tak tau la layak ke tidak dapat hadiahnya..
Yang penting mencuba dan memeriahkan contest yang 
dianjurkan oleh blogger ini..
Tarikh tutup 30 September nie..
Jom ramai2 join contest ini..

Putri tag Cik Izzah..
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, September 17, 2011

♥Berjalan2 di MCTF'11♥

Penatnya semalam Putri pergi Mid Valley 
bersama kawan Putri, Cik Hajar..
Pergi semata2 untuk ke MCTF'11
(Malaysian Career Training Fair 2011)
Ramai sangat orang semalam..
Masing2 datang untuk mencari peluang2 yang ada untuk 
mengubah nasib masing2..
Ada dua event di situ iaitu untuk post graduate untuk sambung master ke, melihat tawaran2 dan 
kelebihan universiti serta kolej yang ada... 
Universiti tempat Putri belajar dulu pun ade tau..
I love UPM..
Juga untuk jobseeker yang mencari kerja untuk mengubah kehidupan yang sedia ada..

Bergambar itu wajib..
Putri pergi untuk mencari pekerjaan yang sesuai 
dengan bidang kimia..
Adalah 3, 4 company Putri mohon, tinggalkan 
resume dan isi borang..
Putri pun pergi ke tempat post graduate untuk melihat 
tawaran2 master yang ada..
Sebab jika tak dapat kerja yang sesuai, 
Putri nak sambung master..
Adik Putri pergi sana hari ini setelah didesak 
oleh mak ayah Putri..

Kalau korang nak pergi masih sempat lagi..
Jangan lepaskan peluang ini ok..
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS♥

Mekacih kepada Cik Izzah kerana tag Putri 
untuk join segmen ini..

KLIK banner untuk join segmen

Segmen ini dianjurkan oleh blogger Aimie Diyannna... 
Tujuan dia adakan segmen ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama blogger, support each other dan 
menambahkan follower masing2..
Bak kata2 di banner segmen ini..
"Blogger can become good friends through this segment!"
Semoga kita bertemu rakan2 blogger yang baru di sini..
Jom kita ramai2 join dan memeriahkan suasana segmen ini..
Putri nak tag rakan Putri:

Salam perkenalan dari Putri ilyanie..
(^_^)

Tarikh tutup penyertaan: 25 September 2011

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Friday, September 16, 2011

♥Hari Malaysia vs MCTF'11♥

Selamat Hari Malaysia semua..
Kita menyambutnya pada 16 September setiap tahun..
Ianya sebagai memperingati pembentukan negara Malaysia yang menggabungkan Malaya, Borneo utara, 
Sarawak dan Singapura..
Tapi sekarang Singapura bukan lagi sebahagian dari Malaysia..
Nak tahu lebih lanjut sejarah hari Malaysia,
mari klik SINI..

Tapi Putri rasa ramai yang suka sebabnya Hari Malaysia adalah hari cuti umum untuk kita semua..
Mungkin ada yang tak tahu kenapa kita sambut hari ini, tapi yang mereka tahu keseronokan mendapat cuti 
dari bersekolah ataupun bekerja..
Betul tak kawan2??

Putri pun sebenarnya suka juga dapat cuti ni..
Yela, penat sangat kerja, kemudian dapat cuti 3 hari..
Hari Malaysia ni, Putri nak pergi Mid Valley..
Ada sapa2 nak ikut Putri tak??
Putri nak pergi 
Ianya berlangsung dari 16-18 September ini..
Sesiapa yang nak mencari kerja macam Putri, 
bolehlah ke sana..

Jangan lupa bawa resume dan segala yang patut di bawa..
Kita jumpa di sana yer..
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Thursday, September 15, 2011

♥Rezeki bergolek♥

Rezeki2.. Cepat jangan lepaskan peluang..
Heheheheeee...
Mesti semua orang berebut untuk dapatkan rezeki yang datang bergolek2 kat kita kan??
Jom lihat gambar bawah ini..


Apa tu yer?? Duitkan..
Heheheeee...
Dapat upah ke apa nie..
Selalunya duit yang termasuk dalam mesin nie 
cuma bape sen aje..
Ini dah RM31.00..
Wow!! Hahahaaaa..
Tapi Putri tak amikla..
Tu mungkin duit ayah, emak atau adik Putri..
Jujurkan Putri..
(^_^)

Psst: Statement puji diri sendiri.. ^_^

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Sunday, September 11, 2011

♥Eeeuuu..Eee..Kotornya!♥

Gelinya Putri tengok.. Kotor gila..
Tak sangka ianya sekotor ini..
Bahaya nie..
Cuba korang tengok gambar kat bawah nie..

Kotorkan??
Nie penapis air dekat rumah Putri..
Sebelum ni Putri guna pulpa, tak boleh basuh..
Sebelum raya Putri tukar ke seramik, boleh basuh..
Semalam baru ada kesempatan nak cuci..
Buka2 tengok kotor betul..
Habis tangan Putri pegang benda tu..
Dalam tempoh sebulan je dah jadi kotor macam nie..
Nampak sangat air kat area rumah sangat kotor..
Cuba korang klik SINI untuk lihat gambar2 bukti air kotor..
Sebelum cuci kotor gila, bila dah cuci bersih je..
Nampakkan perbezaannya??

Kalau korang sayang family korang dan nak bagi mereka minum dengan air2 yang bersih, bolehlah beli penapis air nie..
Murah je berbanding yang lain..
RM500.00 sahaja..
Ada warranty ye, jangan risau..
Kalau berminat boleh call Putri di 017-6414708..
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Thursday, September 8, 2011

♥Nak gaduh mari depan2.. Tengok sapa yang kecut nanti!!♥

Makin menjadi2 pula nampaknya si "Guest" ni yer..
Dah la sebelum ni kata Putri Bodoh..
Ni nak tuduh Putri yang bukan2 pula..
Kata Putri cuak?? Delete komen??
Lihat bawah nie..

Hello "Guest", kalau Putri cuak, takda buat entry ini dan yang sebelum nie..
Untuk pengetahuan anda, komen anda bukan didelete, tapi ramai orang kunjung blog Putri dan komen di shoutmix, jadi automatik komen anda tiada dipaparkan lagi disitu..
Ish.. ish.. Apa la lembab sangat..
Kalau nak cari gaduh mari la depan2..
Tunjukkan diri tu..
Sapa yang CUAK, PENGECUT di sini??
Cukupla sampai sini je entry pasal si pengecut "GUEST" ni..
Tak mendatangkan faedah pun layan orang macam tu..


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Dia kata Putri Bodoh?♥

Sebelum tido Putri jenguk2 blog Putri melihat jika ada komen2, follower baru dan kawan2 blogger yang datang singgah..
Putri ucapkan terima kasih dan happy sangat kepada blogger2 yang sudi singgah, follow dan komen..
Tapi Putri mendapat kejutan, menyentap hati dan perasaan Putri yang tiada mood sebab kepenatan kerja banyak siang tadi..
Cuba korang tengok nie..

Korang tengok kat gambar shoutmix atas nie yang Putri kotakkan kaler merah tu..
Ada "Guest" datang blog Putri dok cakap Putri BODOH!!
Aduhai.. Putri yang bodoh ke dia yang bodoh??
Datang dengan tak tinggalkan link pula tu..
Takut ke Putri datang serang??
Pengecut juga ye kamu..
Kalau rasa blog Putri ni tak bermanfaat, tak payah la datang..
Pergi main jauh2..
Dah terang2 header Putri dok cakap 
"Kisah hidup Putri ilyanie" 
dah tentulah semuanya pasal kisah hidup Putri..
Mungkin tak bermanfaat bagi "Guest" tapi bagi Putri bermanfaat..
Tapi adalah juga Putri selitkan sedikit perkara2 yang penting yang patut dikongsikan, bisnes2 Putri dan kawan2..
Putri ni tak hebat dalam mengarang or bercerita or tak kreatif macam blogger2 lain..
Blog ini cuma untuk isi masa lapang Putri jer..
Bukan senang nak puaskan hati orang..
Kepada "Guest" masih raya lagi nie, sempat lagi kalau nak minta maaf kat Putri..
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, September 7, 2011

♥Rabu yang kurang kata2♥

Cuma lihat, renungkan dan komen!!
(^_^)

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, September 5, 2011

♥Kejam dan teruknya♥

Tadi Putri membaca surat khabar metro dan terkejut 
dengan berita di dalamnya 
Baca dan baca terkejut tempat tu adalah Petknode 
iaitu pusat jagaan kucing..
Rasanya ramai yang dah tau pasal hal ini..
Ramai yang menghantar kucing2 mereka ke sini untuk dijaga semasa cuti hari raya aidilfitri..
Putri pun hampir nak hantar ke tempat itu setelah melihat promosi raya yang dibuat oleh mereka di mudah.my..
Nasib baiklah Putri tak jadi hantar sebab tempat tu jauh sangat dekat Damansara..
Putri hantar dekat area rumah Putri je dekat Hulu Langat..
Selamat Si Comot dan Comei Putri..
Kucing2 di sana dibiarkan tanpa penjagaan yang sepatutnya..
Ada yang cantik molek jadi comot, yang gemuk jadi kurus dan paling teruk ada yang mati..
Kecian kucing2 tu..
Putri memang ANTI giler dengan orang yang dera2 haiwan terutama kucing..
Orang2 macam ni patut bunuh jer..
Meh lihat antara gambar2 yang ada..

Kecian kucing ni kurus.. Lagi sekor mati..

Teruknya keadaan kucing2 nie

Perbezaan iklan dengan keadaan sebenar

Perbezaan iklan dengan keadaan sebenar
Orang yang bertanggungjawab membuat kucing2 ni menderita.. KEJAM!!

Kalau ye pun nak untung cari duit dengan ambil kesempatan di hari raya ni, janganlah sampai membunuh kucing2 tu..
Cuba ko yang berada di tempat kucing2 tu..
Korang boleh juga ke link Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan untuk tahu dengan lebih lanjut..
Juga boleh lihat gambar2 di SINI dan SINI..

Putri letak link kaler MERAH menandakan kemarahan meluak2 terhadap mereka..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...