Saturday, April 30, 2011

♥Yes!! Aku berjaya. ALHAMDULILLAH!!♥

Akhirnya aku berjaya juga..
Setelah hampir dua tahun aku tangguhkan..
Disebabkan kemalasan dan busy je memanjang..
Akhirnya tiba juga masa untuk aku melaksanakannya..
Alhamdulillah.. 
Aku berjaya menamatkannya..
Hahahaaaaaaaaa..
Lepas nie tak payah dah nak pening2 pale pikir pasal benda ini..
Semuanya dah berakhir..

Mesti korang tertanya2 pasal apa yang aku tulis nie kan..
Apa yang berjaya??  Heheeeheee..
Sebenarnya aku baru je lulus ujian JPJ untuk motor semalam..
Selama ini hanya merempit dengan lesen L jer..
Bawa orang sana sini, padahal lesen L je ada..

AWAS!! Amaran!!
Jangan jadi macam aku tau, tak ikut undang2..

Sebenarnya dah dekat 2 tahun aku amik lesen L tu..
Amik sekali dengan kereta.. Kereta dah lama pass ada lesen P..
Motor je aku buat lambat.. Dolu2 tak ready lagi.. Takut..
Sekarang dah kate hari2 rempit ke kelas, tak takut dah..
Ini pun sebab lesen L tu nak mati dah.. 
Kalau tak takdanya aku nak wat test nie.. MALAS..
Tapi kalo tak buat kena mula dari bawah balik kalau lesen tu mati..
Tak sanggup.. tak sanggup..

Aku amik test JPJ kat Metro Driving Academy Puchong..
Walaupun mula2 ada perselisiham faham cikit,
tetapi lepas itu ok jer..
Semua orang kat situ baik2 belaka.. Cikgu2 pun ok..
Thanks to cikgu mengajar aku dengan penuh kesabaran..
Semuanya mesra dan peramah..
Korang bolehlah pergi situ amik lesen..
Gerenti lulus punya.. heheeee..
Yang penting dapat kenalan baru..
Moga kita jumpa lagi.. Kalau jumpa tegur2la aku nie..
Bai.. bai.. bai..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Friday, April 22, 2011

♥Kenangan terakhir bersama budak2 KIM IN♥

Sedar tak sedar dah nak 3 tahun kita bersama..
Dah nak grad dah kita semua..
Banyak kenangan suka dan duka bersama..
Seronok berkawan dengan korang semua..
Entah lepas nie kita jumpa lagi ke tidak..
Sedih pulak rasanya..

Hari tu hari terakhir kuliah kami buat rombongan ke
Sime Darby Jomalina..
Ini adalah untuk kami melihat sendiri cara minyak diproses dalam industri..
Selama nie hanya belaja dalam kuliah saja..
Best tambah penat..
Sakit kaki pakai kasut keselamatan tu..
Tapi best dapat makan free.. Hahahaaa..
Sini aku sertakan gambar kami di sana..


First time kot pakai topi nie..


Nie cara palm oil diproses..



Budak2 kimia industri UPM
Korang mesti boleh cari aku yg mana satu kan..
Akulah satu2nya orang yang pakai tudung kaler kuning menyala..
Hahahaaa..
Semoga kita berjumpa lagi kawan2 selepas ini..
Good luck to all my friends in your final exam!!

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, April 18, 2011

♥Photographer Service Needed??♥

Adakah anda memerlukan seseorang untuk mengambil gambar:

PERKAHWINAN
NIKAH
SANDING
MODELLING
OUTDOOR
PRIVATE EVENT

Saya ada jawapannya.. Di sini saya ingin mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh adik saya iaitu Mohd Hisyam.. Dia merupakan pelajar berkelulusan Diploma in Multimedia di KPTM Ipoh dan sekarang menawarkan service2 di atas untuk anda semua.. Harga boleh dirunding dengan beliau..


Anda boleh pergi ke link di bawah ini untuk melihat hasil2 gambar yang telah beliau edit..


ataupun


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Syam di  017-2848704


PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Saturday, April 16, 2011

♥3 kuntum ros merah!! Apa maknanya tu??♥

Korang2.. Pernah dapat bunga tak??
Tak kisahlah bunga hidup ke bunga tak hidup ke..
Selalu kalau korang dapat bunga dapat kaler apa?? Bunga apa?? Berapa banyak??
Aku tak tau sangat pasal bunga2 nie, tapi setahu aku kalau bunga kaler merah maksudnya cinta dan bunga kaler kuning ke putih tah maksudnya sahabat.. urm.. Tak tahu..
Betul ke apa yang aku cakap nie??
Sebab dalam hidup aku tak pernah orang bagi bunga..
Tiba2 ada orang bagi aku bunga..
3 kuntum ros merah..
Cantik.. Aku suka..
Nie bunganya.. Cantikkan..


Terkejut juga bila dapat, sampai tak tahu nak bagi reaksi apa..
Maklumlah, first time dapat bunga..
Kalau korang di tempat aku, macam mana reaksi korang??
Tapi lama2 akan layu juga bunga tu.. Tak nak lah layu.. Nanti dah tak cantik..
Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada si pemberi bunga..
Anda adalah orang pertama dalam hidup saya yang memberi bunga kepada saya..
I will remember it forever..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Thursday, April 14, 2011

♥Hari nie 14/4.. Tarikh yang bermakna!!♥

Baruku sedar hari ini tarikhnya 14/4/2011..
Bermakna genap 4 tahun lah tahun nie..
Tarikh ini sangat bermakna bagi aku..
Kenapa sangat bermakna??
Sebabnya tarikh inilah aku mula2 kenal dengan orang yang mengajar aku erti cinta dalam hidup aku ini..
Orang yang membuat aku rasa disayangi.. 
Happy diulik cinta darinya..
Tapi itu dulu.. Kini tiada lagi..
Mungkin Tuhan telah tentukan yang kami tiada jodoh untuk bersama..
Terlalu banyak dugaan yang kami kena tempuhi..
Walau susah mana pun aku pertahankan hubungan ini, tapi aku tak dapat melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan..
Walau apa pun.. Aku tak akan lupakan segala kenangan bersamanya..
Aku berdoa agar dia sentiasa bahagia dan berjaya 
dalam hidup dia..
Kebahagiaan dia kebahagiaan aku juga..
Tak semestinya bersama kalau kita sayang orang tu kan..
Janji dapat tengok dia bahagia dah cukup bagi aku..

You always in my heart..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Menolak Rezeki.. Menyesalnya!!♥

Salam semua...
Bangun tidur pagi nie dengan takda semangat..
Semuanya gara2 semalam..
Menolak rezeki yang datang..
Huhuhuuuu.. Cedih2..
Macam mana aku boleh tolak rezeki nie..
Tak pernah tolak pun sebelum nie..
Udah tak betul ke aku nie..
Hahaaa.. my rumet pun cakap nape tolak rezeki tu..
Adoyai.. Teruk aku nie..
Semuanya gara2 penat sangat semalam..
Mana tak penat, tido tak cukup..
Lepas kelas pergi cuci radas di lab..
Sental punya sental tak mau2 bersih juga..
Habis tangan dan pakaian aku..
Balik bilik duduk kejap dah kena pergi kelas petang..
Hujan pulak time tu, kenalah naik bus..
Then rumet aku nak pinjam motor..
Baru nak seronok2 picnic dengan budak2 kimia di Bukit Ekspo..
Tiba2 dapat kol tayar motor aku bocor..
Ahh sudah.. Tension..
Nasib baik ada Baem.. Dia tolong aku baiki..
Thanks a lot to Baem..
Tak sia2 kawan dengan ko..
Then bajet nak pergi juga jumpa kawan2 yang tengah berpicnic tu..
Cari punya cari tak jumpa.. Call tak angkat..
Aku balik kolej dengan kecewa..
Then dah sampai kolej baru dorang call aku bagitau kat mana lokasi..
Ponat giler jalan balik ke sana..
Tapi takpelah, kawan2 punya pasal..
Then malam tu pergi kuar jap dengan ehem2 untuk membeli barang2 rumet and amik my lovely kamera..
Dia offer nak makan apa.. nak mcd tak.. nak shopping tak..
Semua aku tolak..
Gilakan aku.. Tolak rezeki..
Semua gara2 ponat sangat2 sampai takda mood nak apa2 pun..
Sorry to ehem2 coz semalam agak moody sikit sebab kepenatan...
Harap anda faham..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, April 13, 2011

♥Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan♥


Salam 1 Malaysia..
Tiba2 rasa mahu join ahli Universiti Blogger Malaysia(UBM)..
Sesiapa mahu join klik banner tu yer..

Ok.. Biasalah dalam minggu orentasi mestilah kena perkenalkan dirikan..
Nama saya Putri ilyanie..
Nama blog Kisah hidup Putri ilyanie..
Nama jer Putri, tapi bukan keturunan raja tau.. 
Heheheeee..
Anda boleh panggil dengan apa2 pun panggilan, saya tak kisah..
Tapi kawan yg kenal saya panggil saya Ayu..
Kenapa Ayu??
Cari sendiri dalam entry2 saya sebelum nie yer..
Saya student final years di UPM Serdang dalam kos 
Kimia Industri..
Tiba2 jer nak mention.. Tak mintak pun mention perkara nie..
Hahahaaaa... Tak salah kot kan..

Saya mula berblog setelah saya bosan dengan FB..
Untuk tarikh 13/4/2011 nie..
Saya dah berblog selama 3 bulan, 3 minggu, 2 hari..
Anda2 kalau terer kira sendirilah tarikh mula2 sekali saya mula berblog nie..
Dapat kira tak??
Kata mahasiswa UBM.. Kenalah pandai2 belaka..
Heheheeeee... 

Pandangan saya mengenai dunia blog darsawarsa kini??
Darsawarsa!! Ayat power tol..
Bagi saya dunia blog darsawarsa kini memang hebatlah..
Semua orang dah ada blog..
Tidak kira peringkat.. Dari yang muda hinggalah yang tua..
Semua orang memanfaatkan teknologi yang ada kini untuk berblog..
Blog digunakan untuk simpanan cerita peribadi, berceloteh dan gosip, malah digunakan juga untuk berbisnes.
Tahniah kepada blogger2 semua... Hebat2 anda uruskan blog anda dengan creativiti sendiri..

Pandangan saya mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini..
Baguslah ia diadakan..
Dapat kenal sesama blogger2 lain..
Bertambah kawan2 kita..
Dapatlah kita sama2 berkongsi pendapat dan pengalaman..
Tak sabar nak dapat rakan2 blogger yang baru..
Sudikah anda kawan dengan saya nie??
Kalau sudi terima kasih.. Sayang kamu..
Kalau tak sudi...
Takpelah.. Nak buat macam manakan..
Huhuuuuuhuuuu...

Saya menjemput semua rakan2 serta follower2 blog saya daftar UBM nie..
Anda tak kan rugi apa2 pun malah bertambah rakan2 anda..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Tuesday, April 12, 2011

♥Kreatif Blogger Award♥


Yes.. Aku dapat award!!
Hahahahaaa.. Terkejut, Excited giler la...
First time dapat award..
Tak sangka ada juga orang nak bagi award kat aku..
Bangun pagi2 buta buka mata tetiba dapat kejutan..
Thanks kepada Ika my ex-rumet kat matrik dulu kerana memberi Kreatif Blogger Award ini kepada aku..

Tapikan.. dia ada tugasan pulak.. Kena senaraikan 10 perkara tentang diri kita..
Kemudian hantar kepada 10 blog yang lain..

Ok 10 perkara tentang aku:

1. Sedang mencari cinta sejati
2. Suka karaoke sampai xda suara
3. Pencinta haiwan terutama kucing
4. Sangat suka window shopping
5. Gila makan coklat
6. Hantu FB dan blog (Hari2 mesti buka)
7. Sayang sangat my family
8. Gila bears @ anak patung
9. Suka merempit bersama kwn2
10.  Tengah berusaha jadi seorang yg berjaya

10 blog yang lain:


Selesai sudah..
Sekian terima kasih..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, April 11, 2011

♥Ice skating di Sunway Pyramid♥

Haluha semua..
Agak lambat sedikit untuk post pasal ice skating nie..
Pergi tanpa dirancang..
Rancang nak pergi Desa Water Park tapi asyik tak jadi aje..
Asyik2 tutup.. Heran sungguh..
Last2 mak cik aku cakap sebenarnya air kat situ tak bersih..
Dah ramai yang kena masuk hospital lepas pergi sana..
Tapi hari tu memang bermasalah betullah..
Mula2 masalah kereta, dah cop tiba2 tuan kereta batalkan..
Bila pergi sewa kereta lain, Desa Water Park tutup pulak..
Aleh2 kena jugak pikir nak pergi mana sebab kereta dah sewa..
Nak pergi melalak dah selalu..
Aku pun bagi cadangan pergi main ice skating kat Sunway Pyramid..
Murah jer masuk situ..
Best sangat.. Siapa yang terer main kasut roda retilah main ice skating nie..
Aku pergi dengan my rumet Hajar dan Lisa dan kawan lagi dua orang Nisa dan Noriah..
Tapi Nisa dan Noriah tak nak main.. So kami bertiga jer..
Nie antara gambar2 semasa main ice skating..








Lepas penat bermain ice skating, kami pergi makan kat restoran Ayam Penyet..
Sedap jugak makan kat situ..
First time makan kat situ, first time makan ayam penyet dan first time minum air soda gembira..
Memang gembiralah hari tu..





Lepas tu kami gerak ke Bazar Larut Malam dekat Mines Serdang tu..
Excited nak pergi, sekali sampai2 golap.. 
Dia tutup plak hari tu..
Hampeh tol lah..
Kami pun duk pikir nak pergi mana..
Dah sewa kereta sampai 12 malam.. Rugi hantar awal2..
Pikir punya pikir..
Ting.. ting.. ting...
Dapat idea..
Kami pergi Downtown Bukit Dukung..
Tapi lalu jer..
Tak singgah sebab nak pergi Downtown Cheras plak tiba2..
Besar cikit dan best..
Sampai sana just jalan jer.. Tak shopping pun..
Dah penat berjalan, pulang ke kolej, masing2 kepenatan..
Macam2 rungutan ada..
"Sakitnya kaki.. sakitnya badan.. penatnya.. ngantuknya.."
Lepas penat merunguk, semua lena diulik mimpi indah..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Wednesday, April 6, 2011

♥ 1st CONTEST YAYA : CANDID Time..!! ♥

Hai.. hai.. hai..
Dah lama tak update blog nie..
Busy giler..
Maklumlah student final year..
Macam2 kena buat..
Nanti tak grad pulak aku nie..
Tiba2 rasa nak masuk contest..
Aku nie jarang masuk contest2 nie..
Saje jela cuba nasib..
Singgah blog cik yaya pink ternampak pulak contest nie..


Syarat2 dia mula2 suh jadi follower dulu..
Aku dah follow blog dia sebab dia follow blog aku dulu..
Tajuk entry kena macam yg aku tulis di atas tu yer.. Setel..
Then suh letak banner di atas nie.. Setel dah part nie..

Kena letak gambar candid yang terbaik..
Hurm..
Tak tahulah gambar nie terbaik ke tidak..
Ase2nya ok kot kan??


Gambar nie diambil semasa kami pergi ke pokok setan..
Alaa pokok dalam cerita Lagenda Budak Setan tu..
Tak perasan pun gambar nie diambil..
Terkangkang aku jalan, besar tol langkah kaki..
Nak elak tahi lembu punya pasal..
Berhati2 di jalan raya.. Heheee..
Siap bawa dua botol oren..
Macam nak menjuallah pulak..
Belakang yg 3 orang tu kawan2 aku..
Best time nie..

Last sekali kena tag nama dua orang..
Aku tag nama kawan2 aku lah..
Cik Zahra
Cik Ain

Saja2 nak bagi sokongan kat cik yaya pink untuk first contest dia..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Monday, April 4, 2011

♥ABPBH Semalam memang bestlah dgn kehadiran Ucop Wilcha ♥

Selama ni aku tengok anugerah2 macam nie boring..
Kali ni best dengan pengacaranya yang lawak2 dan persembahan yg menarik..
Paling best saat kemuncak bila nak umum pemenang bintang paling popular..
Tibe2 muncul Ucop Wilcha..
Lawak giler..
Pecah perut aku gelak..
Korang boleh tengok videonya..


Tahniah aku ucapkan kepada semua pemenang..
Cuma sedih cikit kak Lisa Surihani tak menang sebagai bintang paling popular..
Tapi yang menang semalam semua hebat2lah..
Suka tengok baju mereka cantik2 belaka..

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

♥Aku dapat surat cinta♥

Heheheheeeee..
Salam semua..
Nak tahu tak aku dapat surat cinta semalam..
Tiba2 ada atas meja study aku..
Pelik2.. sapa pulak yg bagi..
Tak pernah aku dapat surat cinta sebelum ini..
Nie suratnya..
Mesti korang pelikkan kenapa Nor Idayu..
Sebab itu nama betul aku..
Heheheeee..
Kenapa aku tukar nama???
Cari sendiri kat coretan2 aku sebelum ini yer..
Aku pun buka surat tu..
Terkejut tengok dalamnya..
Nak tahu apa??
Coklat..
Siap tulis "Aku rindu kat ko"..
Sapa rindu kat aku nie??
Heheeee..
Rupa2nya Cik KP..
My rumet kat UPM nie..
3 tahun dah duk dgn dia..
Aku pun rindu ko jugak..
Apa2 pun thanks bagi coklat tu..
Ni kandungan dalamnya..
Friends forever ok!! 

PECAH KACA PECAH CERMIN, SUDAH BACA JANGAN LUPA KOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...